awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ICRC seru pematuhan undang-undang kemanusiaan antarabangsa di sempadan Thai-Kemboja

Bernama
Bernama
10/12/2025
00:00 MYT
ICRC seru pematuhan undang-undang kemanusiaan antarabangsa di sempadan Thai-Kemboja
ICRC berkata kewajipan di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa bertujuan mengehadkan kemudaratan kepada penduduk, susulan situasi konflik di sempadan Thai-Kemboja. - REUTERS
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menyeru semua pihak berkaitan situasi di sempadan Thai-Kemboja supaya mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Sambil menyeru supaya bertenang dan mengelakkan peningkatan ketegangan, ICRC berkata kewajipan itu bertujuan mengehadkan kemudaratan kepada penduduk, khususnya mengelakkan kehilangan nyawa orang awam dan kerosakan terhadap harta benda awam termasuk infrastruktur penting.
"Mereka yang cedera mesti dibenarkan mendapatkan rawatan yang diperlukan," menurut kenyataan itu pada Selasa.
ICRC berkata pihaknya akan meneruskan dialog sulit dengan kedua-dua pihak sambil memantau rapat kesan kemanusiaan akibat pertempuran yang berterusan.
"Kami bersedia menyokong Persatuan Palang Merah Kebangsaan dan agensi kerajaan berkaitan dalam menyediakan bantuan yang diperlukan kepada mereka yang terjejas," katanya.
Seruan supaya mengurangkan ketegangan itu dibuat susulan laporan mengenai pertempuran tentera yang tercetus semula.
Menurut laporan media antarabangsa, Thailand pada Isnin melancarkan serangan udara di sepanjang sempadannya dengan Kemboja selepas pertempuran baharu tercetus.
Serangan udara ke atas kedudukan tentera Kemboja itu dipercayai dilaksanakan sebagai tindak balas terhadap serangan awal pagi yang mengakibatkan korban di pihak Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#undang-undang antarabangsa
#ICRC
#konflik sempadan
#konflik Thailand-Kemboja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan