awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
" Jho Low arah cek Najib jangan ditolak" - Saksi
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

Bernama
Bernama
31/05/2023
12:41 MYT
Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi
Mahkamah Pakistan pada Rabu melanjutkan ikat jamin kepada bekas Perdana Menteri Imran Khan untuk tujuh kes berasingan, selama 10 hari lagi, menurut rekod mahkamah. - Gambar fail/REUTERS
KARACHI (Pakistan): Mahkamah Pakistan pada Rabu melanjutkan ikat jamin kepada bekas Perdana Menteri Imran Khan untuk tujuh kes berasingan, selama 10 hari lagi, menurut rekod mahkamah.
Dua hakim Mahkamah Tinggi Islamabad mengarahkan Khan untuk hadir ke mahkamah dalam masa 10 hari lagi dan melarang polis daripada menahan beliau sepanjang tempoh itu, lapor Agensi Anadolu.
Mahkamah turut melanjutkan ikat jamin untuk kes Al Qadir Trust selama tiga hari.
Khan, ditemani isterinya Bushra Bibi, hadir di hadapan badan pemantau antirasuah Biro Akauntabiliti Nasional (NAB) berhubung kes rasuah bernilai US$237 juta, yang lebih dikenali sebagai kes Al-Qadir Trust.
Pemimpin berusia 70 tahun itu satu-satunya perdana menteri Pakistan yang digulingkan melalui undi tidak percaya sepanjang sejarah politik negara Pakistan selama 75 tahun.
Beliau berdepan pelbagai tuduhan termasuk keganasan, cubaan membunuh dan pengubahan wang haram.
Kebanyakan kes yang didakwa ke atasnya, disifatkan Khan sebagai "palsu".
Beliau digulingkan sebagai perdana menteri selepas parlimen meluluskan undi tidak percaya pada April tahun lalu.
Khan, mendakwa terdapat konspirasi yang disokong pihak asing untuk menjatuhkannya.
Sebelum ini, beliau terselamat daripada cubaan membunuh ketika mengetuai perarakan antikerajaan pada November lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas PM Pakistan
#Imran Khan
#ikat jamin
#dilanjutkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan