awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Jangan lakukan pembakaran terbuka, elak risiko - Bomba
Pahang dipilih destinasi utama pelancongan alam semula jadi - Tinjauan
Pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 sebanyak 4.9 peratus seiring dengan unjuran - MBSB IB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam cedera ditikam ketika solat Subuh

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2025
04:00 MYT
Imam cedera ditikam ketika solat Subuh
Rakaman CCTV menunjukkan detik seorang lelaki yang berpura-pura menjadi jemaah mengancam imam masjid dengan senjata tajam sebelum menikam mangsa hingga cedera parah. -Foto video tular
MOROWALI UTARA: Seorang imam masjid cedera parah selepas ditikam oleh seorang lelaki ketika memimpin solat Subuh berjemaah di Masjid Baiturrahman, Desa Tompira, Kecamatan Petasia Timur, Indonesia awal pagi semalam.

Ringkasan AI
  • Seorang imam masjid cedera parah selepas ditikam ketika solat Subuh oleh seorang lelaki berusia 23 tahun yang berpura-pura menjadi jemaah.
  • Suspek disahkan positif dadah dan polis sedang menyiasat motif serangan, serta telah merampas pisau, telefon bimbit dan rakaman CCTV sebagai bukti.
  • Mangsa dirawat di hospital selepas menerima rawatan awal, dan kes disiasat di bawah Pasal 351 Kanun Keseksaan Indonesia.

Ketua Bahagian Operasi Reskrim Polres Morowali Utara, Iptu Theodorus Resupal berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, mangsa Muhammad Jumali, 27, ditikam di bahagian perut oleh suspek berusia 23 tahun yang dikenali sebagai AL.
“Suspek berpura-pura menyertai saf jemaah sebelum keluar dari barisan dan menyerang mangsa ketika dia sedang rukuk.
"Jemaah yang berada di belakang bertindak menahan dan memukul suspek sebelum polis tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa dibawa ke Klinik Krisna Bunta untuk rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Umum Daerah Kolonodale.
Menurut Iptu Theodorus Resupal, hasil ujian awal mendapati suspek positif dadah dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.
Polis turut merampas sebilah pisau jenis badik, telefon bimbit serta rakaman CCTV sebagai bahan bukti.
Kes disiasat di bawah Pasal 351 Kanun Keseksaan Indonesia.
Topic Berkaitan
#imam masjid
#parah ditikam jemaah
#solat subuh
#pura-pura menjadi jemaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan