awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam ditikam ketika solat subuh di New Jersey

Bernama
Bernama
11/04/2023
10:39 MYT
Imam ditikam ketika solat subuh di New Jersey
Perbuatan penyerang yang dikenali sebagai Serif Zorba dirakam kamera keselamatan masjid ketika dia meluru keluar dari saf melewati jemaah lain dan menikam imam itu menggunakan pisau. -Foto Sinar Harian
NEW YORK: Seorang imam di New Jersey, Amerika Syarikat ditikam ketika mengimamkan solat subuh pada Ahad.
Imam Masjid Omar di Paterson, Sayed El-Nakib, 65, ditikam oleh seorang lelaki ketika beliau dan jemaah lain sedang sujud, lapor Agensi Anadolu.
Perbuatan penyerang yang dikenali sebagai Serif Zorba, 32, dirakam kamera keselamatan masjid ketika dia meluru keluar dari saf melewati jemaah lain dan menikam imam itu menggunakan pisau.
Zorba berjaya ditangkap jemaah lain dan diserahkan kepada polis.
Dia juga didakwa mengugut orang ramai yang cuba menahannya.
El-Nakib yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Saint Joseph.
"Zorba didakwa atas Percubaan Membunuh Darjah Pertama; Memiliki Senjata untuk Tujuan Haram Darjah Ketiga; dan Pemilikan Senjata Melanggar Undang-undang Darjah Keempat," menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Daerah Passaic.
Penyerang mendakwa dia berasal dari Istanbul dan berkomunikasi melalui bantuan penterjemah Turki ketika dihadapkan ke mahkamah.
Motif kejadian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#imam ditikam
#Masjid Omar
#Sayed El-Nakib
#Serif Zorba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan