WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) melancarkan Dana Ketahanan dan Kelestarian (RST) baharu untuk membantu negara-negara rentan menghadapi cabaran jangka panjang mereka, kata Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva.
"Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Dana Ketahanan dan Kelestarian (RST) baharu sudah mula beroperasi. Hari ini, saya memberitahu Lembaga Eksekutif bahawa dengan pengumpulan dana kami setakat ini, RST bersedia untuk memulakan operasi pemberian pinjaman," kata Georgieva dalam satu kenyataan pada Rabu, lapor Sputnik.
Georgieva menjelaskan RST merupakan inisiatif pertama IMF yang menyediakan pembiayaan mampu milik jangka panjang untuk menyokong negara-negara dalam isu seperti perubahan iklim dan wabak, dan untuk membantu mengekalkan kestabilan ekonomi dan kewangan jangka panjang.
Australia, Kanada, China, Jerman, Jepun dan Sepanyol menyediakan sejumlah US$20 bilion sebagai sumbangan pertama mereka kepada RST.
"Pusingan pertama sumber RST ini mewakili lebih separuh daripada jumlah ikrar RST semasa sebanyak SDR 29 bilion (US$37 bilion) dari 13 negara. Sumbangan selanjutnya dijangka berkuatkuasa pada awal 2023 apabila negara telah menyelesaikan prosedur domestik mereka, memastikan RST berada dalam kedudukan kukuh bagi memenuhi permintaan untuk pengaturan RST pada tahun-tahun akan datang," kata Georgieva.
Lebih banyak negara dijangka menyertai inisiatif itu dari semasa ke semasa, tambah Georgieva.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022

RST antara lain menyediakan pembiayaan mampu milik jangka panjang untuk menyokong negara-negara dalam isu perubahan iklim dan wabak. - Reuters

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pelabur dikatakan bimbang dengan inflasi yang sangat tinggi di Eropah dan ramai yang mengambil pendirian 'tunggu dan lihat'.

Disney umum buang 7,000 pekerja
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.

Piala Perancis: Marseille tunjukan PSG jalan keluar
Tanpa Mbappe yang cedera, PSG bergelut sepanjang 90 minit perlawanan berintensiti tinggi tersebut.

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Proses pemulihan ekonomi China dijangka lebih pantas - IMF
Jangkaan itu dibuat Timbalan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Gita Gopinath selepas melihat trend jangkitan semasa di republik itu.

Harga minyak merosot lebih 4 peratus ekoran kebimbangan terhadap kemelesetan
West Texas Intermediate untuk penghantaran Februari susut AS$3.33 untuk ditutup pada AS$76.93 setong di New York Mercantile Exchange.

Pertumbuhan ekonomi rantau Asia, Pasifik dijangka perlahan pada 2022 dan 2023 - IMF
Rantau Asia dan Pasifik berdepan tiga halangan besar yang mungkin membuktikan ia suatu masalah berterusan.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$104.5 bilion pada 14 Okt
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

IMF umum Dana Ketahanan dan Kelestarian bantu negara-negara rentan hadapi cabaran jangka panjang
RST antara lain menyediakan pembiayaan mampu milik jangka panjang untuk menyokong negara-negara dalam isu perubahan iklim dan wabak.

IMF kurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi India kepada 6.8 peratus tahun ini
Ini kali kedua IMF menurunkan unjuran pertumbuhan India tahun ini.

IMF, Bank Dunia ulangi amaran kemelesetan global tahun depan
Menurut Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva dan Presiden Bank Dunia, David Malpass, terdapat bahaya sebenar kemelesetan dunia tahun depan.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$108.24 bilion pada akhir Ogos - BNM
Sehingga akhir Ogos 2022, aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.3 juta.

Bajet 2023 tumpu perkukuh pemulihan ekonomi, jana pertumbuhan mampan - Mustapa Mohamed
Ekonomi Malaysia masih berada di landasan yang kukuh, disokong antara lain oleh asas ekonomi yang berdaya tahan dan dasar pragmatik.

Tiada keperluan pinjaman IMF, Malaysia tidak muflis - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan bahawa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak pernah menyebut Malaysia mengalami masalah ekonomi yang boleh menyebabkan muflis,