NEW DELHI: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan pada malam Sabtu mendakwa terdapat konspirasi untuk membunuhnya.
Bercakap pada perhimpunan besar-besaran di bandar Sialkot, Imran berkata, beliau telah merakam video dan mendedahkan nama "dalang" agar ramai orang tahu siapa yang mahu membunuhnya sekiranya rancangan itu berjaya.
"Konspirasi sedang dibuat secara tertutup di dalam dan di luar negara, dan konspirasinya ialah: mereka mahu mengambil nyawa Imran Khan," kata bekas Perdana Menteri itu pada perhimpunan anjuran parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI).
"Saya telah merakam video dan menyimpannya di tempat selamat. Jika sesuatu berlaku kepada saya, seluruh negara akan menonton video ini... saya telah menamakan semua yang terlibat dalam konspirasi itu menerusi rakaman video," kata Imran.
Polis sebelum ini membubarkan perhimpunannya dan menahan beberapa penyokong, tetapi Imran meneruskan himpunan awam itu di lokasi lain.
Perhimpunan Sialkot adalah siri terbaharu bagi perhimpunan besar-besaran Imran sejak kerajaannya digulingkan melalui usul undi tidak percaya yang diluluskan mahkamah di parlimen.
Imran berkata, lawannya di Pakistan dan negara asing menganggapnya sebagai "halangan yang perlu disingkirkan."
Pada perhimpunan itu, Imran telah menyelar lawannya dan menggesa pilihan raya diadakan segera bagi menamatkan krisis politik negara.
Imran menyeru penyokongnya menunggu sehingga akhir bulan ini sebelum berarak ke Islamabad dan berharap dapat mengumpulkan 2.5 juta orang. - BERNAMA
Bernama
Sun May 15 2022
Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan pada malam Sabtu mendakwa terdapat konspirasi untuk membunuhnya.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Bekas PM Pakistan Imran Khan didakwa dalam kes serangan ibu pejabat tentera
Khan dan sekitar 100 pekerja serta pemimpin parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) yang dipimpinnya, mengaku tidak bersalah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyokong Imran Khan batalkan protes
Parti bekas perdana menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan pada Rabu membatalkan protes di ibu negara Islamabad selepas tindakan keras oleh pasukan keselamatan.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin dalam kes rasuah, keluarkan perintah pembebasannya
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya.
Isteri bekas PM Pakistan bebas, dibawa ke kawasan mewah di Islamabad
Pembebasan Bushra Bibi disifatkan kelegaan undang-undang terbesar bagi Khan dan keluarganya sejak beliau dipenjara pada Ogos tahun lalu.
Imran Khan mohon jadi Canselor Universiti Oxford
Sebagai alumni Oxford, akan menjadi sesuatu yang gemilang untuk melihat Imran menjadi Canselor, kata partinya.
Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.
Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan
Sebuah mahkamah di Pakistan pada Isnin mengarahkan bekas Perdana Menteri Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi direman sehingga 22 Julai untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa.
Calon bebas disokong PTI dominasi Pilihan Raya Pakistan
Calon bebas yang mendapat sokongan parti bekas perdana menteri Imran Khan dilaporkan mendominasi PRU Pakistan selepas SPR mengumumkan keputusan rasmi pada Ahad.