BEKAS Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan hilang kelayakan daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan pada Selasa.
Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan dicapai beliau disabitkan bersalah minggu lepas dalam satu perbicaraan rasuah dan dihukum penjara selama tiga tahun.
Perbicaraan itu berkaitan dengan siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapati Imran Khan bersalah kerana menjual hadiah-hadiah negara secara tidak sah semasa tempoh pemerintahannya sebagai Perdana Menteri dari 2018 hingga 2022.
Serentak keputusan dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan itu, kedudukannya sebagai Ahli Parlimen juga gugur serta-merta.
Pemimpin berusia 70 tahun itu dengan tegas mendakwa, tindakan yang diambil ke atas beliau bermotifkan politik semata-mata, namun, dakwaan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh kerajaan Pakistan.
Imran Khan dilantik menerajui Pakistan pada 2018, namun, beliau digulingkan dalam undian tidak percaya di Parlimen tahun lalu.
Sejak penggulingan itu, Imran Khan memimpin kempen menentang kerajaan semasa yang dipimpin oleh Perdana Menteri Shehbaz Sharif.
Beliau turut menuduh kerajaan pimpinan Shehbaz bersubahat dengan ketua-ketua tentera atasan untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan dan menghalangnya daripada terlibat dalam politik.
Pada Sabtu lalu, beliau ditahan di kediamannya di Lahore dan dibawa ke ibu negara Islamabad.
Bekas pemain kriket terkenal itu yang kini menjadi ahli politik telah berkali-kali menafikan kesalahannya.
Bahkan, parti pimpinannya, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) mengumumkan rayuan telah dikemukakan ke Mahkamah Agung untuk menentang keputusan itu.
Dalam video yang direkodkan sebelum ditangkap pada hari Sabtu, Imran Khan meminta penyokongnya untuk berprotes secara aman demi memastikan "kebebasan dan hak asasi manusia" mereka.
Beliau mendakwa sedang menghadapi "perjuangan" ini untuk "masa depan anak-anak Pakistan." - Agensi
Agensi
Tue Aug 08 2023

Imran Khan hilang kelayakan daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan pada Selasa. - Gambar fail REUTERS
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

Imran Khan didakwa dedah rahsia 'diplomatik'
Sebuah mahkamah di Pakistan mendakwa bekas perdana menteri Imran Khan kerana "membocorkan kandungan sulit diplomatik" menjelang pilihan raya umum.

Mahkamah Pakistan tangguh hukuman Imran Khan
Sebuah mahkamah Pakistan pada Selasa menangguhkan hukuman penjara tiga tahun bekas Perdana Menteri Imran Khan, memerintahkan pembebasannya dengan ikat jamin.

Bekas PM Pakistan dilepaskan daripada tuduhan membunuh
Mahkamah Tinggi Islamabad, turut dijadualkan untuk memberikan keputusan terhadap rayuan yang difailkan oleh Khan.

Imran Khan hilang kelayakan bertanding pilihan raya Pakistan selama lima tahun
Keputusan itu susulan beliau disabitkan bersalah minggu lepas dalam satu perbicaraan rasuah dan dihukum penjara selama tiga tahun.

Bekas PM Pakistan Imran Khan didapati bersalah, dihukum penjara tiga tahun
Keputusan itu sekali gus melucutkan kelayakannya memegang jawatan politik.

SPR Pakistan keluarkan waran tidak boleh dijamin terhadap Imran Khan
Imran Khan didakwa telah mengeluarkan "kata-kata kurang sopan dan menghina" badan penyelaras pilihan raya negara itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Imran Khan bebas dengan jaminan
Perintah itu bermakna Imran tidak boleh ditahan semula dalam tempoh 14 hari.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Imran Khan dinamakan secara rasmi bersubahat bunuh peguam
Kes itu melibatkan pembunuhan seorang peguam oleh seorang lelaki bersenjata tidak dikenali.