Skip to main content

Dunia

Imran Khan, isteri dihukum penjara 14 tahun babitkan kes hadiah negara

41706688611_TBImranKhanjpg.jpg
ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi, dijatuhi hukuman pejara 14 tahun pada Rabu membabitkan kes hadiah negara atau kes Toshakhana.

Hukuman itu diputuskan oleh mahkamah di bandar markas tentera di timur laut Penjara Adiala Rawalpindi, tempat bekas perdana menteri itu sedang menjalani hukuman, menurut Agensi Anadolu.

Pada Selasa, Khan dan bekas menteri luar Shah Mahmood Qureshi dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana melanggar Akta Rahsia Negara.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video