Skip to main content

Dunia

India catat 51,667 kes baharu COVID-19

81621474101_unclaimedbodies.jpg
81621474101_unclaimedbodies.jpg

Advertisement

NEW DELHI: Jumlah kes COVID-19 di India meningkat kepada 30,134,445 pada Jumaat, selepas menambah 51,667 lagi kes baharu sepanjang 24 jam lalu, lapor Xinhua.

Angka kematian mencecah 393,310 apabila 1,321 lagi pesakit meninggal dunia sejak pagi Khamis.

Masih terdapat 612,868 kes aktif di negara ini, dengan penurunan sebanyak 14,189 kes.

Sejak pandemik itu melanda negara ini sejumlah 29,128,267 pesakit dibenarkan keluar hospital dengan yang terbaru seramai 64,527 orang.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement