awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India catat enam kes cacar monyet

Bernama
Bernama
02/08/2022
09:54 MYT
India catat enam kes cacar monyet
Pesakit warga Nigeria itu berusia dalam lingkungan 30-an dan sudah kira-kira setahun menetap di New Delhi. - Gambar hiasan/ WHO
NEW DELHI: India pada Isnin mencatatkan kes cacar monyet keenam, yang merupakan kes kedua di New Delhi, kata seorang pegawai jabatan kesihatan pada Selasa.
Pesakit itu dikatakan warga Nigeria tanpa sejarah perjalanan terkini. Beliau dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan untuk rawatan jangkitan virus itu.
Xinhua yang memetik akhbar The Hindu melaporkan pesakit itu berusia dalam lingkungan 30-an dan sudah kira-kira setahun menetap di New Delhi.
"Beliau mengadu demam panas dan mengalami lepuh pada kulit sejak beberapa hari lalu, sampelnya kemudan dihantar untuk ujian pengesahan cacar monyet. Dua lagi warga Afrika yang disyaki dijangkiti juga telah dimasukkan ke hospital yang sama. Sampel mereka telah diambil untuk ujian dan menunggu keputusan," kata pegawai jabatan kesihatan itu.
Empat daripada enam kes cacar monyet yang dikesan di India setakat ini dilaporkan di negeri Kerala dan dua di New Delhi.
Pada 31 Julai, kematian pertama cacar monyet di India dilaporkan di Kerala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#India
#Pertambahan kes
#Afrika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan