ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Oktober 2026.
BKK, SARA MADANI sempena tujuh dasawarsa merdeka simbol penghargaan kepada rakyat - PM Anwar
Pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MADANI bersempena dengan ulang tahun ke-70 kemerdekaan negara tahun depan merupakan simbol penghargaan kerajaan terhadap sumbangan rakyat dalam pembangunan Malaysia sejak merdeka.
JAIS siasat hantaran tular individu Islam lakukan ritual agama lain
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat hantaran tular berhubung tindakan individu yang dipercayai beragama Islam dan melakukan ritual agama lain yang bertentangan dengan hukum syarak.
Tiada rakyat Malaysia terkorban, cedera dalam insiden di lapangan terbang Arab Saudi - Wisma Putra
Tiada laporan rakyat Malaysia terkorban atau cedera susulan serangan terbaharu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan insiden projektil jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, Arab Saudi pada Sabtu, menurut Kementerian Luar.
Jerebu: Sekolah di lima negeri, Putrajaya beroperasi semula Isnin
Sekolah yang ditutup susulan jerebu di Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan kembali beroperasi seperti biasa pada Isnin, manakala pembukaan semula sekolah di Kuala Lumpur hanya melibatkan dua kawasan.
Jerebu: Malaysia tunggu maklum balas Indonesia berhubung bantuan - Ahmad Zahid
Malaysia masih menunggu maklum balas Indonesia berhubung tawaran bantuan memadamkan kebakaran hutan dan tanah di Sumatera dan Kalimantan yang menyebabkan jerebu rentas sempadan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Belanjawan 2027: Siapa yang untung?
Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Begitulah perasaan saya setiap kali menyediakan belanjawan negara ketika menjadi Menteri Kewangan dahulu. Dari pagi hingga lewat malam, meneliti angka demi angka yang tidak pernah cukup untuk memenuhi semua keperluan negara.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan di Arab Saudi, gesa penyelesaian secara aman
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur awam di Arab Saudi pada Sabtu (10 Okt), yang mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan serta gangguan ketara terhadap operasi lapangan terbang dan penerbangan komersial.
Cadangan gaji graduan bermula RM2,500 perlu diteliti - Ameer Ali
Cadangan penetapan gaji RM2,500 bagi graduan baharu perlu disokong mekanisme pelaksanaan yang jelas bagi mengelakkan ketidakseimbangan struktur gaji, khususnya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Suspek dikejar polis di Setiawangsa miliki senjata tajam, alat curi kabel dan dadah
Dua lelaki yang ditahan selepas dikejar polis di Jalan Wangsa 5, Bukit Antarabangsa menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Hulu Kelang pada Ahad didapati memiliki senjata tajam, peralatan mencuri kabel dan dadah di dalam kenderaan mereka.
Jerebu: Sekolah agama negeri, SIP di Hulu Langat, Gombak dan Petaling Perdana kekal ditutup
Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata ketetapan itu turut terpakai kepada sekolah Islam persendirian (SIP) di daerah dan kawasan berkenaan.