awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India jadi negara paling kerap gantung khidmat internet di dunia

Agensi
Agensi
22/12/2019
11:35 MYT
India jadi negara paling kerap gantung khidmat internet di dunia
Sebahagian peserta protes mengetengahkan isu 'Internet Shutdown' dalam sesi demonstrasi di New Delhi. - Reuters
Dalam kehangatan aksi penunjuk perasaan di jalanan di India berkaitan dasar kerakyatan yang mendiskriminasi, kerajaan India membuat keputusan untuk menggantung perkhidmatan internet di beberapa bahagian di New Delhi.
Pada tahun 2018, India sudahpun menjadi negara yang paling kerap menggantung perkhidmatan internet di dunia, menurut laporan kumpulan sokongan internet, Access Now.
Reuters menjelaskan, kekerapan itu membentuk 67 peratus daripada jumlah penggantungan internet yang direkodkan di seluruh dunia.
Penggantungan akses internet atau internet shutdown lazimnya diarahkan oleh pihak berkuasa. Syarikat telekomunikasi akan memadamkan rangkaian mudah alih di menara-menara pemancar supaya pengguna telefon bimbit tidak mendapat sebarang isyarat.
Negara yang lebih ketat kawalannya terhadap internet, seperti China dan Korea Utara, bagaimanapun tidak mempunyai rekod untuk dikumpulkan oleh Access Now kerana kekurangan data awam.
Sejak Januari 2012, sudah terjadi sebanyak 373 penggantungan perkhidmatan internet di India, menurut Pusat Kebebasan Perisian dan Undang-Undang SLFC.
Pihak kementerian di India menyifatkan langkah penggantungan itu adalah langkah yang diambil berdasarkan kuasa jabatan polis.
Delhi bukan satu-satunya negeri yang menjalankan tindakan penggantungan internet susulan situasi protes tersebut.
Negeri Assam, Tripura, Meghalaya, Arunachal Pradesh dan sebahagian Bengal Barat, Karnataka dan Uttar Pradesh juga mengalami nasib yang sama.
Kerajaan negeri menyifatkan langkah itu adalah perlu demi kepentingan undang-undang dan menjaga keamanan. Banyak kawasan di Jammu dan Kashmir tiak mendapat perkhidmatan internet selama lebih empat bulan, selepas kerajaan India menutup akses komunikasi berikutan status autonomi negeri yang ditarik balik pada 5 Ogos.
Secara keseluruhan, wilayah Jammu dan Kashmir pernah 180 kali digantung khidmat internet sejak 2012.
Topic Berkaitan
#gantung khidmat internet
#India
#internet shutdown
#khidmat internet
#protes india
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan