awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India minta Kanada kurangkan bilangan diplomat

Bernama
Bernama
21/09/2023
13:50 MYT
India minta Kanada kurangkan bilangan diplomat
Perbalahan diplomatik tercetus antara Kanada dan India pada Isnin selepas Perdana Menteri Justin Trudeau menuduh India terlibat dalam pembunuhan seorang ketua masyarakat Sikh Kanada. - Astro AWANI
NEW DELHI: India meminta Kanada mengurangkan kehadiran anggota diplomatiknya di negara itu ketika hubungan antara dua negara semakin tegang.
"Kami telah memaklumkan kepada kerajaan Kanada bahawa perlu ada persamaan dan kesetaraan kedudukan dalam kehadiran diplomatik. Jumlah mereka di sini jauh lebih tinggi daripada kami di Kanada," kata jurucakap Kementerian Luar Arindam Bagchi kepada pemberita di New Delhi pada Khamis.
"Butiran mengenai perkara ini sedang diusahakan, tetapi saya berpendapat akan ada pengurangan dari pihak Kanada," katanya.
Perbalahan diplomatik tercetus antara Kanada dan India pada Isnin selepas Perdana Menteri Justin Trudeau menuduh India terlibat dalam pembunuhan seorang ketua masyarakat Sikh Kanada.
Sambil menyatakan bahawa beliau tidak mahu meningkatkan ketegangan dengan India, perdana menteri Kanada pada Selasa berkata kerajaan India "perlu mengambil serius mengenai perkara ini".
India telah menolak dakwaan itu sambil menyifatkan ia sesuatu yang "tidak masuk akal dan mempunyai motif".
Hardeep Singh Nijjar, seorang penyokong vokal gerakan pemisah Khalistan berusia 45 tahun, ditembak mati oleh dua penyerang bertopeng pada 18 Jun di wilayah British Columbia.
Bagchi berkata Kanada tidak memberi sebarang maklumat khusus kepada India dalam kes ini.
"Setakat ini kami belum menerima sebarang maklumat khusus seperti itu," katanya.
India turut menggantung perkhidmatan visa untuk warga Kanada.
BLS International, sebuah syarikat India yang mengendalikan pusat permohonan visa di Kanada, menerusi laman sesawangnya memaklumkan: "Notis penting daripada Misi India: berkuat kuasa 21 September 2023, perkhidmatan visa India telah digantung sehingga diberitahu kelak."
Bagchi berkata, misi diplomatik India di Kanada tidak dapat menyediakan perkhidmatan visa buat sementara waktu kerana "ancaman" yang dihadapi.
Beliau berkata situasi itu akan dikaji semula secara berkala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#Kanada
#diplomat
#Justin Trudeau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan