awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India mula terima kemasukan pelancong luar

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2021
20:39 MYT
India mula terima kemasukan pelancong luar
Pengembara ke India tertakluk kepada syarat perlu jalani ujian saringan pra-ketibaan di negara masing-masing. - Foto fail/ETX Studio
NEW DELHI: India membenarkan pelancong luar yang lengkap divaksinasi memasuki negara itu bermula Isnin dengan menggunakan penerbangan komersial.
Ia merupakan langkah kelonggaran sekatan terbaharu COVID-19 yang dilaksanakan India ketika kadar jangkitan di negara itu menunjukkan penurunan serta peningkatan kadar vaksinasi.
Bagaimanapun, menurut Kementerian Kesihatan negara itu, pengembara ke India tertakluk kepada syarat perlu jalani ujian saringan pra-ketibaan di negara masing-masing, 72 jam sebelum penerbangan.
Pengembara dari negara yang mempunyai pengiktirafan sijil vaksinasi dengan India seperti Amerika Syarikat, United Kingdom serta negara Eropah lain dibenar meninggalkan lapangan terbang tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19.
Selain itu, pelancong dari negara berisiko rendah dikehendaki membuat pemantauan kesihatan kendiri selama 14 hari selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Sehingga kini, terdapat 96 negara mempunyai perjanjian dengan India untuk pengiktirafan bersama sijil vaksinasi.
Dengan lebih 35 juta kes jangkitan direkodkan, India merupakan negara kedua paling tinggi mencatatkan kes COVID-19 selepas Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#pelancong
#COVID-19
#vaksin
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan