India perlu bersedia serangan COVID-19 di kawasan miskin

Pesakit yang tidak mempunyai sejarah perjalanan namun telah meninggal dunia sejam selepas ujian saringan mendapati dia positif COVID-19.

COVID-19 dikhuariti akan melumpuhkan sistem kesihatan negara itu dengan peningkatan kes jangkitan COVID-19 melebihi negara-negara di Eropah dan Amerika Syarikat. - Gambar REUTERS | Astro Awani
INDIA disaran untuk lebih bersedia berdepan penularan wabak COVID-19 selepas sebuah kawasan paling miskin di Asia merekodkan kematian pertama pada Rabu.

Pegawai Perbadanan Perbandaran Brihanmumbai Mumbai (BMC), Kiran Dighavkar berkata, ini berikutan seorang lelaki berusia 56 tahun meninggal dunia akibat jangkitan tersebut membabitkan penduduk di kawasan paling miskin iaitu di Dharavi.

“Pesakit yang tidak mempunyai sejarah perjalanan namun telah meninggal dunia sejam selepas ujian saringan mendapati dia positif COVID-19.

“Sejurus selepas itu, ahli keluarga lelaki berkenaan turut dikuarantin di rumahnya untuk melakukan ujian saringan bagi mengelakkan jangkitan terus merebak,” katanya seperti dipetik laporan CNN di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Kiran berkata, penularan wabak berkenaan dikhuariti akan melumpuhkan sistem kesihatan negara itu dengan peningkatan kes jangkitan COVID-19 melebihi negara-negara di Eropah dan Amerika Syarikat.

“Ini kerana, kawasan Dharavi mempunyai kepadatan penduduk kira-kira satu juta orang dengan anggaran 30 kali lebih tinggi berbanding New York.

“Perkara ini tidak boleh dinafikan jika wabak ini terus tersebar dengan cepat melalui kawasan-kawasan miskin ini," kata beliau lagi.