LAPORAN Strategi Indo-Pasifik yang telah dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) pada Jun 2019 lalu menyatakan bahawa Laut China Selatan dan Lautan Hindi merupakan perairan strategik maritim di rantau ini.
Ini turut dikongsi oleh pertubuhan serantau seperti ASEAN melalui ASEAN Outlook on Indo-Pacific (AOIP), suatu sudut pandang yang menyokong strategi Indo-Pasifik tersebut.
Menariknya, walaupun laporan tersebut memberi penekanan kepentingan strategik perairan maritim di rantau ini, ia secara tidak langsung turut memberi gambaran dasar-dasar luar tersirat yang dipelopori Amerika.
AS melalui laporan tersebut membidas China yang disifatkan mengamalkan pendekatan “pemangsa ekonomi” atau “predatory economy”, iaitu menggunakan ekonomi sebagai salah satu instrumen demi mencapai objektifnya. Ini jelas sekali merujuk kepada Inisiatif Jalur dan Jalan (Belt and Road Initiative – BRI), walaupun ia tidak dinyatakan di dalam laporan tersebut. Contoh klasik adalah apabila Sri Lanka terpaksa memberikan pelabuhannya kepada syarikat yang dikawal oleh Kerajaan China kerana kegagalan negara tersebut dalam membayar hutang.
Walaupun AS membidas pendekatan dasar ekonomi China, tetapi pelaburan dari China amat membantu terutamanya Asia Tenggara kerana bagi tujuan pembangunan infrastruktur, ia memerlukan pelaburan lebih USD 1 trilion.
Berbeza dengan Republik tersebut, AS menggalakkan pelaburan di rantau ini melalui kerjasama dengan negara-negara strategiknya seperti India, Jepun dan Australia atau lebih dikenali dengan kelompok negara “Quad”.
Malah, antara tujuan utama laporan strategi Indo-Pasifik ini dikeluarkan oleh Uncle Sam adalah untuk menentukan agenda terutamanya di peringkat ASEAN melalui Sidang Kemuncak, Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN, Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur, antara lain. Sasarannya adalah menjadikan Strategi Indo-Pasifik sebagai topik utama rantau ini.
Tambahan pula, laporan ini secara tidak langsung turut berperanan dalam menghebahkan nilai-nilai seperti Amerika Hebat Semula (Make America Great Again) di mana Strategi Indo-Pasifik bertindak sebaga nilai universal yang dipelopori AS untuk masyarakat dunia sejagat.
Walaubagaimanapun, Strategi Indo-Pasifik ini tidak menyentuh perkara berkaitan pengintipan siber dan keselamatan terutamanya daripada teknologi Huawei dan syarikat swasta China, seperti sering di dakwa oleh Amerika Syarikat. Tetapi usaha kini giat dijalankan oleh Uncle Sam dalam memastikan syarikat besar Republik itu seperti Ali Baba dan Ten Cent Holdings dikeluarkan daripada senarai Wall Street.
Dalam erti kata lain, AS sedang berusaha untuk mengurangkan pengaruh syarikat-syarikat swasta China yang diragui akan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi hubungan kuasa besar AS-China.
Secara umumnya, Amerika Syarikat bersifat terbuka dalam menerima China di peringkat dua hala, tetapi menolak sebarang usaha Republik itu untuk mendominasi rantau Indo-Pasifik melalui pendekatan ketenteraan dan suntikan ekonomi yang bersifat memaksa menerima China sebagai kuasa hegemoni rantau.
Tidak dinafikan, laporan Strategi Indo-Pasifik merupakan salah satu dasar luar AS di rantau Asia, di mana ia memberi kesan kepada negara-negara Asia Tenggara.
Oleh itu, demi mengurangkan kesan sampingan daripada perbalahan kuasa-kuasa besar seperti AS dan China, dasar-dasar luar gergasi ini haruslah diteliti dan diamati. Ini penting demi menghasilkan polisi yang bersesuaian dalam mengurangkan kesan langsung terutamanya buat negara-negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia.
* Wan Zain ialah felo penyelidik bagi program Nippon Foundation-Institute of Malaysian and International Studies (IKMAS) di Universiti Kebangsaan Malaysia.
** Artikel ini adalah berdasarkan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Wan Zain
Wed Jul 22 2020
AS sedang berusaha untuk mengurangkan pengaruh syarikat-syarikat swasta China yang diragui akan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi hubungan kuasa besar AS-China. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.