awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia akan import lebih banyak beras akibat El Nino, rizab

Bernama
Bernama
11/09/2023
21:15 MYT
Indonesia akan import lebih banyak beras akibat El Nino, rizab
Jokowi memeriksa stok beras di gudang Badan Urusan Logistik (Bulog) Dramaga di Kabupaten Bogor, untuk meninjau ketersediaan stok cadangan beras kerajaan. - Foto Twitter Joko Widodo
JAKARTA: Kerajaan Indonesia merancang untuk mengimport lebih banyak beras walaupun stok komoditi semasa di negara itu berjumlah dua juta tan, lebih tinggi daripada biasa iaitu 1.2 juta tan, kata Presiden Joko Widodo (Jokowi).
Beliau berkata usaha mengimport beras terus dilakukan bagi menangani kenaikan harga yang dialami hampir semua negara akibat El Nino selain memenuhi keperluan rizab beras negara.
"Stok kami sudah banyak, tetapi kami masih meneroka pilihan untuk sumber tambahan, bukan sahaja untuk masa kini tetapi juga untuk perancangan tahun depan," katanya selepas meninjau gudang kerajaan di Jawa Barat dan Jakarta.
Jokowi telah membincangkan import beras dengan beberapa pemimpin dunia, termasuk Perdana Menteri Kemboja Hun Manet, Presiden Bangladesh Mohammed Shahabuddin, Perdana Menteri India Narendra Modi, dan Perdana Menteri China Li Qiang.
Beliau berkata rundingan lanjut akan dijalankan oleh agensi perolehan makanan negara, Bulog, untuk menentukan sama ada urus niaga itu akan berlaku.
Stok beras di gudang Bulog kini berjumlah 1.6 juta tan, dengan tambahan 400,000 tan dalam transit, menjadikan jumlah stok kepada dua juta tan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beras
#El Nino
#Indonesia
#Joko Widodo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan