awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia bebaskan kapal tangki Iran, Panama

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2021
23:19 MYT
Indonesia bebaskan kapal tangki Iran, Panama
Anggota kru kapal tangki Iran, MT Horse (tengah) menaiki kapal mereka di Kepulauan Riau sebelum meninggalkan perairan Indonesia selepas kapal mereka dan MT Freya dibebaskan. - Foto AFP
INDONESIA membebaskan sebuah kapal tangki Iran dan sebuah kapal Panama yang ditahan sejak awal tahun lalu kerana disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram.
Jurucakap Agensi Keselamatan Maritim Indonesia berkata, selepas menjalani prosedur perundangan, kapal tangki MT Horse dan kapal MT Freya meninggalkan Indonesia pada Sabtu.
Pada Selasa lalu, kapten kedua-dua kapal itu didapati bersalah kerana memasuki perairan Indonesia tanpa permit.
Kapten MT Horse, Mehdi Monghasemjahromi dan kapten MT Freya, Chen Yo Qun dikenakan hukuman penjara selama setahun dengan dua tahun tempoh pemantauan.
Mahkamah turut mengarahkan Chen membayar denda dua bilion Rupiah kerana membuang minyak secara haram di perairan Indonesia.
Kedua-dua kapten terbabit dibebaskan dari tahanan dan dipercayai meninggalkan negara itu bersama krew walaupun dijatuhi hukuman.
Pada Januari lalu, kedua-dua kapal itu dikesan di Kalimantan dan ditahan selepas gagal memberi maklum balas apabila dihubungi.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#kapal tangki
#Iran
#Panama
#pemindahan minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan