awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia berjaya lancar satelit Satria-1

Bernama
Bernama
19/06/2023
11:34 MYT
Indonesia berjaya lancar satelit Satria-1
Satelit seberat 4.5 tan dan mempunyai kapasiti jalur lebar 150 gigabit sesaat, dilaporkan berharga US$540 juta (US$1=RM4.61) dan mempunyai jangka hayat selama 15 tahun. -Gambar Twitter @bernamadotcom
JAKARTA: Indonesia melancarkan satelit Satria-1 untuk merevolusikan sambungan internet dan merapatkan jurang digital, kata pemangku Menteri Komunikasi dan Informatik Mahfud Md.
Satelit itu berjaya dilancarkan ke orbit oleh roket SpaceX Falcon 9 dari Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat pada 18 Jun, 6.21 petang waktu tempatan (5.21 pagi waktu Indonesia barat) hari ini.
Mahfud dalam satu kenyataan berkata satelit itu yang akan mula beroperasi pada Januari tahun depan menyediakan kualiti internet yang lebih baik ke kawasan luar bandar Indonesia.
"Satria-1 akan menangani keperluan capaian internet khususnya untuk perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan kerajaan termasuk pertahanan dan keselamatan di pelbagai wilayah khususnya kawasan terpencil," katanya.
Satelit itu dihasilkan oleh Thales Alenia Space, sebuah usaha sama oleh syarikat teknologi Perancis Thales Group dan konglomerat pertahanan Itali Leonardo yang beribu pejabat di Perancis.
"Satria-1 ialah satelit pelbagai fungsi milik kerajaan pertama di Asia dengan kapasiti terbesar," menurut Presiden Joko Widodo, sambil menambah bahawa ia mengorbit di atas wilayah Papua.
Satelit seberat 4.5 tan dan mempunyai kapasiti jalur lebar 150 gigabit sesaat, dilaporkan berharga US$540 juta (US$1=RM4.61) dan mempunyai jangka hayat selama 15 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#satelit
#satria-1
#SpaceX Falcon 9
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan