awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia bukan negara Islam walaupun penduduk majoriti Muslim - Ma'ruf

Agensi
Agensi
02/04/2021
16:34 MYT
Indonesia bukan negara Islam walaupun penduduk majoriti Muslim - Ma'ruf
Ma'ruf yang berucap secara maya dari ibu kota Jakarta, berkata kesepakatan hidup berdampingan dengan rukun sesama penganut pelbagai agama di Indonesia harus dijaga dan dirawat. - Facebook @KH. Ma'ruf Amin
INDONESIA bukan sebuah negara Islam walaupun majoroiti penduduknya beragama Islam, jelas Naib Presiden Ma’ruf Amin.
Memetik laporan MalaysiaKini, Ma’ruf memaklumkan bahawa kerukunan antara agama di republik itu harus dijaga, antaranya dengan menghormati kepelbagaian rakyat dan perpaduan nasional.
"Saya ingin menegaskan bahawa walaupun Indonesia merupakan negara berpenduduk majoriti Muslim, bahkan yang terbesar di dunia, namun Indonesia bukanlah negara Islam,” ujar Ma'ruf seperti dilaporkan Tempo.Co.
Ma'ruf yang berucap secara maya dari ibu kota Jakarta, berkata kesepakatan hidup berdampingan dengan rukun sesama penganut pelbagai agama di Indonesia harus dijaga dan dirawat.
"Kita wajib menjaga dan merawat kesepakatan nasional itu, antara lain dengan menghormati kebhinnekaan (kepelbagaian) yang ada dengan menjaga persatuan nasional.
“Kebhinnekaan kita merupakan asas, kekayaan sekali gus kekuatan kewujudan negara dan bangsa Indonesia,” katanya yang juga bekas pemimpin kanan Nahdatul Ulama - pertubuhan Islam terbesar di dunia.
Ma’ruf berkata demikian sempena sambutan Good Friday dan Hari Easter yang disambut penganut Kristian pada hari ini.
Topic Berkaitan
#Malaysiakini
#Islam
#Indonesia
#Jakarta
#presiden
#rakyat
#perpaduan
#Ma'ruf Amin
#Naib Presiden Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan