awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia catat 38 kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan Tengah setakat 4 Mei

Bernama
Bernama
05/05/2025
08:41 MYT
Indonesia catat 38 kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan Tengah setakat 4 Mei
Kalimantan Tengah merupakan satu daripada enam wilayah yang diberi keutamaan dalam pencegahan kebakaran hutan, selain Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Kalimantan Barat dan Kalimantan Selatan. - Gambar hiasan X / Bernama
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 38 kejadian kebakaran hutan dan tanah direkodkan di Kalimantan Tengah antara 1 Jan hingga 4 Mei tahun ini, dengan 180 titik panas dikesan manakala lebih 25 hektar tanah terbakar, menurut Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB).
Menurut BNPB, daerah Sukamara merekodkan kawasan terbesar yang terjejas dengan 6.90 hektar, diikuti Barito Utara dengan 4.01 hektar.
Kebakaran terbaharu dilaporkan di daerah Lamandau dan Kotawaringin Barat, masing-masing melibatkan kawasan seluas 0.5 hektar dan 1 hektar yang berjaya dipadamkan.
"Punca kebakaran ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa di setiap kawasan terlibat," kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kalimantan Tengah merupakan satu daripada enam wilayah yang diberi keutamaan dalam pencegahan kebakaran hutan, selain Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Kalimantan Barat dan Kalimantan Selatan.
BNPB menggesa kerajaan tempatan untuk untuk mengekalkan kesiapsiagaan dengan memastikan kelengkapan, kenderaan, anggota dan sumber kewangan yang mencukupi bagi mengurangkan risiko kejadian kebakaran.
Kerajaan Indonesia menubuhkan pasukan petugas khas pada 29 April, seperti diumumkan dalam acara 'Kesiapsiagaan Kebakaran Hutan dan Tanah' di Pekanbaru anjuran kerajaan pusat dan kerajaan wilayah Riau.
Pasukan petugas itu merangkumi kementerian dan agensi di semua peringkat bagi memberikan sokongan dalam menangani kebakaran hutan dan tanah, dengan tumpuan kepada pembiayaan, peralatan, logistik, pengurusan tanah dan penguatkuasaan undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Kalimantan Tengah
#titik panas
#BNPB
#bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan