awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia catat kes baharu harian COVID-19 tertinggi, lepasi angka 5,000

Bernama
Bernama
13/11/2020
12:39 MYT
Indonesia catat kes baharu harian COVID-19 tertinggi, lepasi angka 5,000
Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 457,735 kes, selepas mencatatkan 5,444 lagi kes positif baharu, hari ini. - Reuters
JAKARTA:Indonesia mencatatkan kes jangkitan COVID-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam iaitu melepasi angka 5,000, sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac lepas.
Jangkitan COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 457,735 kes, selepas mencatatkan 5,444 lagi kes positif baharu, hari ini.
Bagaimanapun sebanyak 385,094 pesakit yang disahkan positif virus itu, dilaporkan telah sembuh daripada jangkitan berkenaan.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 58,896 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 104 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 15,037 orang.
Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 116,207 dengan tambahan 1,033 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur merekodkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,982 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#Indonesia
#jumlah kematian
#Jakarta
#lepasi angka 5 000 kes
#kes tertinggi
#kes harian tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan