awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia dan Perancis setuju perkukuh hubungan di sebalik serangan tarif Trump

Bernama
Bernama
06/04/2025
03:50 MYT
Indonesia dan Perancis setuju perkukuh hubungan di sebalik serangan tarif Trump
Sepanjang perbualan perbualan telefon pada malam Jumaat itu, Prabowo dan Macron turut mengulangi komitmen bersama menyokong usaha merealisasikan keamanan di Timur Tengah serta menamatkan perang antara Rusia dan Ukraine. - REUTERS
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Presiden Perancis Emmanuel Macron bersetuju untuk mengekalkan kerjasama ekonomi dan perdagangan yang kukuh susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenakan tarif timbal balik terhadap beberapa negara.
Agensi berita ANTARA melaporkan, kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen mereka untuk melanjutkan hubungan dua hala dalam satu perbualan telefon pada malam Jumaat (4 April), dua hari selepas Presiden Trump mengumumkan dasar tarif import terbaharu.
Prabowo menerusi akaun media sosialnya @prabowo pada Sabtu, berkata kerjasama strategik antara Indonesia dan Perancis bukan sahaja mencerminkan kepentingan nasional masing-masing, tetapi turut menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran serantau serta global.
"Dalam perbincangan saya dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron, kami bersetuju untuk terus memajukan pembangunan ekonomi yang inklusif dan mampan demi kesejahteraan rakyat," kata Prabowo.
Beliau turut mengalu-alukan komitmen Perancis untuk memperkukuh kerjasama dua hala yang kukuh dan berwawasan antara kedua-dua negara.
"Marilah kita tingkatkan sinergi dan bina masa depan demi kemajuan bersama," katanya.
Indonesia menyambut baik komitmen Prancis untuk meningkatkan kemitraan bilateral yang kokoh dan visioner. Kerja sama strategis ini tidak hanya mencerminkan kepentingan nasional masing-masing, tetapi juga berkontribusi bagi stabilitas dan kemakmuran kawasan serta dunia. Dalam https://t.co/3aa6zkgcZc
— Prabowo Subianto (@prabowo) April 5, 2025
Dalam kenyataan berasingan, Presiden Macron turut memuat naik hantaran mengenai perbualannya dengan Presiden Prabowo menerusi akaun rasmi media sosialnya @EmmanuelMacron.
"Kami telah bersetuju untuk memperkukuh hubungan antara negara dengan projek-projek yang bercita-cita tinggi dan berpandangan jauh.
"Pendekatan bersejarah yang sedang kami usahakan ini akan direalisasikan semasa lawatan negara saya ke Indonesia pada penghujung Mei," kata Macron.
Beliau juga berkata bahawa beliau dan Presiden Prabowo bersetuju untuk mempererat kerjasama dalam bidang pertahanan, ekonomi, sains dan kebudayaan, selain meluaskan skop kerjasama dalam sektor pendidikan.
Sepanjang perbualan itu, Prabowo dan Macron turut mengulangi komitmen bersama untuk menyokong usaha merealisasikan keamanan di Timur Tengah serta menamatkan perang antara Rusia dan Ukraine.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#Prabowo Subianto
#Indonesia
#Perancis
#tarif AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan