awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia gagalkan cubaan guna visa kerja untuk tunai haji

Bernama
Bernama
18/04/2025
22:15 MYT
Indonesia gagalkan cubaan guna visa kerja untuk tunai haji
Anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten. - Foto X/Soekarno–Hatta International Airport
JAKARTA: Polis Indonesia menggagalkan cubaan 10 individu untuk menunaikan ibadah haji ke Arab Saudi menggunakan visa kerja, dalam usaha yang disifatkan pihak berkuasa sebagai percubaan memintas sistem kuota rasmi negara itu.
Anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten bertindak apabila kumpulan dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan itu bersiap untuk menaiki penerbangan komersial ke Malaysia, sebelum meneruskan perjalanan ke Arab Saudi.
"Kami kini sedang berkoordinasi dengan Kementerian Hal Ehwal Agama untuk siasatan lanjut," kata Ketua Polis Lapangan Terbang, Ketua Pesuruhjaya Ronald Sipayung, seperti dipetik Metro TV.
Bagaimanapun, beliau tidak mengesahkan sama ada pertuduhan jenayah akan dikenakan.
Menurut siasatan, kumpulan itu cuba menyamar sebagai jemaah haji sah dengan membawa bagasi yang sepadan seperti kumpulan haji rasmi, namun pemeriksaan rutin menimbulkan kecurigaan.
"Penerbangan umrah telah digantung bagi memberi laluan kepada persiapan musim haji yang bermula Mei ini," kata Pesuruhjaya Siasatan Jenayah Yandri Mono.
Daripada 10 individu berkenaan, sembilan merupakan bakal jemaah dan seorang wakil agensi pelancongan, masing-masing dilaporkan membayar antara 100 juta hingga 200 juta rupiah, atau kira-kira AS$6,250 hingga AS$12,500 kepada agensi terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Haji
#visa kerja
#sistem kuota
#pertuduhan jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan