ANTARA perkara di sebalik tabir yang berlaku dalam penganjuran Grand Prix Indonesia ialah kehadiran pawang atau bomoh hujan.
'Teknologi' tradisional yang dipercayai berkesan dalam mengubah cuaca ini sudah biasa diamalkan dalam pelbagai acara di negara itu.
Dari acara peringkat kejiranan atau komuniti, Liga Kelas 1, pembukaan Sukan Asia, kini MotoGP Indonesia 2022 turut mempunyai bomoh hujan bagi mengelak cuaca tidak diingini.
“Saya merupakan pawang hujan yang disyorkan oleh Erick Thohir (Menteri Badan Usaha Milik Negara) dan sering mengawasi acara Presiden Jokowi, bersama-sama pasukan penyelaras lapangan untuk mengubah suai cuaca dengan kuasa doa,” kata bomoh hujan, Rara Istiani Wulandari, kepada Kompas.
"Di sini, saya diminta menurunkan suhu agar lembap dan sejuk dengan sedikit hujan.
"Kita di Indonesia sudah biasa dengan iklim tropika, tetapi pelumba dari luar negara minta cuaca sejuk. Saya minta sokongan untuk semua berjalan dengan baik," katanya.
Dia juga menerangkan ritual berbeza untuk 'memanggil atau menolak' hujan.
Ritual itu melibatkan persembahan yang dikelilingi oleh parit air, selain ritual lain melibatkan ketulan ais dan abu kayu.
"Ia mesti dimulakan dengan doa. Itulah kekuatan doa, kemahiran warga tempatan, masyarakat Indonesia zaman dahulu juga terkenal dengan kuasa ghaib dan saya menggunakan kebolehan ini untuk membantu," katanya.
Rara juga mengakui sudah terlibat sejak ujian pramusim. Bagaimanapun, dia hanya mula 'mengawasi' Litar Mandalika sejak 1 Mac lalu.
Malah katanya, dia diminta segera 'memanggil' hujan pada tempoh 9 Mac sehingga 11 Mac bagi membantu menyejukkan trek yang baru diturap semula.
Rara menyedari ramai yang mempunyai pandangan serong terhadap 'kerjaya'nya.
"Saya berharap dengan limpah kurnia Tuhan kepada saya, saya dapat berkomunikasi dengan awan, darat, air, dan udara, dan saya cuba membantu apabila diperlukan,” katanya.
Agensi
Sun Mar 20 2022

MotoGP Indonesia 2022 turut mempunyai bomoh hujan bagi mengelak cuaca tidak diingini. - Twitter/MotoGP

Dialog Poket Rakyat: Formula Tambah ‘Income’ Rakyat
Inflasi dan kos sara hidup sukar dikawal? Kenapa tidak cari jalan bagaimana boleh tambah pendapatan rakyat? Dialog Poket Rakyat, 8.30 malam

PRN: UMNO Selangor sudah muktamadkan kerusi yang bakal ditandingi - Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain memberitahu, setakat hari ini, keputusan tersebut adalah muktamad dan beliau sudah pun memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mahkamah tolak saman bekas pelajar sekolah pendidikan khas
Mahkamah Tinggi menolak saman seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas terhadap sekolah dan tiga defendan lain termasuk Kerajaan Malaysia.

Hujan lebat, beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang di Pulau Pinang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat.

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu lori di bawah pengaruh alkohol
Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori yang dipandu seorang lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol di Jalan Parit Panjang, petang semalam.

AWANI Ringkas: Sesi sekolah bermula 8 pagi bukan keutamaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap [INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007864/8967789641675428256449_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap
![[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022 [INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007863/8967789641675428201872_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022

Thaipusam | Membuat kavadi perlukan dedikasi tinggi
Selepas dua tahun, kavadi berwarna-warni bakal kembali menceriakan sambutan Thaipusam kali ini. Diringi muzik tradisional, penganut Hindu akan menunaikan nazar mengikut niat masing-masing dengan menjunjung paal koodam, kavadi dan mencukur rambut.

Penjara Sg Buloh | Jumlah banduan 36% melebihi kapasiti maksimum 4,200
Jumlah banduan yang ditempatkan di Penjara Sungai Buloh mencecah 36 peratus melebihi kapasiti maksimum, iaitu 4,200 banduan. Namun, menurut Jabatan Penjara Malaysia, masalah kesesakan di Penjara Sungai Buloh telah dikurangkan melalui pelbagai langkah yang merupakan sebahagian daripada reformasi penjara.

Indonesia guna 'bomoh hujan' dalam penganjuran MotoGP
Kini MotoGP Indonesia 2022 turut mempunyai bomoh hujan bagi mengelak cuaca tidak diingini.