awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia isytihar bekas presiden Suharto sebagai 'Pahlawan Nasional'

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2025
06:50 MYT
Indonesia isytihar bekas presiden Suharto sebagai 'Pahlawan Nasional'
Presiden Prabowo Subianto (kanan) pada majlis penganugerahan gelaran Pahlawan Nasional kepada 10 tokoh di Istana Negara, Kompleks Istana Kepresidenan, Jakarta Pusat, hari ini. -Foto YouTube Sekretariat Presiden
JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia, Suharto, secara rasmi dianugerahkan gelaran Pahlawan Nasional oleh Presiden Prabowo Subianto sempena sambutan Hari Pahlawan di Istana Negara, di sini, pagi ini.

Ringkasan AI
  • Suharto dianugerahkan gelaran Pahlawan Nasional oleh Presiden Prabowo Subianto sempena Hari Pahlawan.
  • Penganugerahan itu sebagai penghargaan atas jasa luar biasa Suharto dalam perjuangan bersenjata dan politik.
  • Tindakan anugerah itu mencetuskan bantahan daripada beberapa kumpulan masyarakat sivil dan aktivis hak asasi.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Penganugerahan itu dibuat menerusi Keputusan Presiden No. 116/TK/Tahun 2025 sebagai penghargaan atas jasa luar biasa Suharto dalam perjuangan bersenjata dan politik, termasuk peranannya dalam Serangan Umum 1 Mac 1949 dan pelucutan senjata tentera Jepun di Yogyakarta pada 1945.
Suharto, yang memimpin Indonesia selama 32 tahun dari 1967 hingga 1998, dikenang kerana menstabilkan ekonomi dan memperkukuh ketenteraman politik pasca era Sukarno.
Namun, legasinya turut dibayangi dakwaan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan penindasan terhadap pembangkang semasa era Orde Baru.
Langkah kerajaan Prabowo itu mencetuskan bantahan daripada kumpulan masyarakat sivil dan aktivis hak asasi, termasuk Komisi untuk Orang Hilang dan Korban Tindak Kekerasan (KontraS) serta Amnesty International Indonesia, yang menyifatkan rekod Suharto sebagai tidak selari dengan nilai kepahlawanan.
Presiden Prabowo, yang pernah menjadi menantu kepada Suharto, menyatakan bahawa pengiktirafan tersebut adalah tanda penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam membentuk Indonesia moden.
Majlis penganugerahan turut menampilkan potret Suharto dan Presiden pertama Indonesia, Sukarno, sebagai simbol kesinambungan sejarah kepimpinan negara.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapa Suharto dianugerahkan gelaran Pahlawan Nasional? A: Suharto dianugerahkan gelaran Pahlawan Nasional atas jasa luar biasanya dalam perjuangan bersenjata dan politik, seperti Serangan Umum 1 Mac 1949 dan pelucutan senjata tentera Jepun di Yogyakarta pada 1945.
  • Q: Siapakah yang memberikan gelaran Pahlawan Nasional kepada Suharto? A: Gelaran Pahlawan Nasional dianugerahkan oleh Presiden Prabowo Subianto sempena Hari Pahlawan.
  • Q: Mengapa terdapat bantahan terhadap penganugerahan ini? A: Bantahan timbul daripada kumpulan masyarakat sivil dan aktivis hak asasi kerana rekod Suharto yang tidak selari dengan nilai kepahlawanan, termasuk dakwaan pelanggaran hak asasi manusia dan rasuah semasa era pemerintahan Orde Baru.

Topic Berkaitan
#Prabowo Subianto
#Pahlawan Nasional
#Hari Pahlawan
#Suharto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan