awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia mula beri dos penggalak kedua vaksin COVID-19

Bernama
Bernama
29/07/2022
20:30 MYT
Indonesia mula beri dos penggalak kedua vaksin COVID-19
Indonesia pada Jumaat mula memberikan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 kepada 1.9 juta petugas kesihatan. - Gambar hiasan/AP
JAKARTA: Indonesia pada Jumaat mula memberikan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 kepada 1.9 juta petugas kesihatan.
Menurut Kementerian Kesihatan Indonesia, selaras dengan saranan Kumpulan Penasihat Teknikal Indonesia mengenai imunisasi, suntikan itu diberikan selepas enam bulan daripada tarikh suntikan dos pertama.
Langkah berkenaan membolehkan petugas kesihatan yang berisiko tinggi dijangkiti mendapatkan perlindungan yang optimum daripada virus itu memandangkan trend kes kembali meningkat.
Indonesia telah merekodkan 5,831 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu sebanyak 6,197,495.
Berdasarkan maklumat di akaun Twitter rasmi kementerian, Indonesia merekodkan 13 lagi kematian berbanding 17 pada Khamis.
Jakarta mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu 2,987 jangkitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#dos penggalak kedua
#vaksin
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan