awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
Denda RM3.81 juta bagi kesalahan alam sekitar tahun ini - JAS Johor
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal

Bernama
Bernama
24/12/2025
12:20 MYT
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
Pakatan Harapan (PH) Perlis hari ini menzahirkan sokongan agar kerajaan negeri sedia ada diteruskan dan kekal memerintah sehingga tamat penggal kerana kestabilan kerajaan adalah keperluan utama bagi sebuah negeri kecil seperti Perlis. - BERNAMA
KANGAR: Pakatan Harapan (PH) Perlis hari ini menzahirkan sokongan agar kerajaan negeri sedia ada diteruskan dan kekal memerintah sehingga tamat penggal kerana kestabilan kerajaan adalah keperluan utama bagi sebuah negeri kecil seperti Perlis.
PH Perlis dalam kenyataan memaklumkan langkah itu bukan sahaja bagi memastikan kelancaran pentadbiran malah menjimatkan kewangan kerajaan, mengelakkan pembaziran akibat ketidaktentuan politik serta dan tidak mengguris mandat rakyat yang telah diberikan secara sah.
"Pakatan Harapan Perlis akan terus berdiri bersama kerajaan negeri sedia ada, institusi raja dan kepentingan rakyat demi memastikan Negeri Perlis ditadbir dengan aman, stabil serta bermaruah sehingga tamat penggal pentadbiran," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Perikatan Nasional di Perlis didakwa telah bertemu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dengan majoriti untuk menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.
Menerusi kenyataan sama, PH Perlis menegaskan bahawa kerajaan negeri yang terbentuk pada masa ini adalah hasil mandat jelas rakyat melalui proses demokrasi yang sah maka mandat besar diberikan rakyat itu wajib dihormati dan dipelihara.
"PH berpandangan bahawa sebarang pergolakan politik dalaman mesti dihentikan segera.
"Pertelingkahan terbuka hanya melemahkan pentadbiran, mencalarkan imej negeri dan mengganggu tumpuan kerajaan dalam mengurus hal-hal asas rakyat," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, PH Perlis memaklumkan keutamaan kerajaan negeri seharusnya diberikan sepenuhnya kepada pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat, peluang pekerjaan, kos sara hidup dan kemajuan negeri secara mampan.
PH Perlis turut menyeru semua pihak dalam kerajaan negeri agar mengutamakan muafakat, perbincangan tertib dan kebijaksanaan bagi menyelesaikan sebarang perbezaan.
"Politik yang matang, berhemah dan bertanggungjawab adalah kunci kepada kestabilan serta kemajuan Negeri Perlis," katanya.
Kenyataan itu menyebut kepimpinan negeri juga mestilah beradab, matang dan menghormati institusi raja serta istana yang merupakan tunjang utama kestabilan Perlis serta memeliharanya secara bijaksana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PH Perlis
#Pakatan Harapan
#sokongan
#Kerajaan Negeri Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan