awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia mula laksana cukai 12 peratus ke atas barangan dan perkhidmatan mewah

Bernama
Bernama
01/01/2025
14:30 MYT
Indonesia mula laksana cukai 12 peratus ke atas barangan dan perkhidmatan mewah
Langkah ini meyakinkan orang ramai, yang sebelum ini bimbang kenaikan itu turut dikenakan ke atas keperluan asas. - Gambar fail
JAKARTA: Indonesia pada Rabu mula melaksanakan cukai nilai tambah (VAT) sebanyak 12 peratus ke atas barangan dan perkhidmatan mewah, iaitu peningkatan sebanyak satu peratus, lapor Xinhua.
Langkah ini meyakinkan orang ramai, yang sebelum ini bimbang kenaikan itu turut dikenakan ke atas keperluan asas.
Barangan yang tertakluk kepada VAT 12 peratus termasuk jet peribadi, kapal persiaran, kapal pesiar, rumah mewah, dan barangan lain yang diklasifikasikan sebagai barangan mewah.
"Bagi barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh orang ramai, VAT kekal dikecualikan dengan kadar sifar peratus. Ini termasuk keperluan asas seperti beras, daging, ikan, telur, sayur-sayuran, susu segar, perkhidmatan pendidikan, perkhidmatan kesihatan, pengangkutan awam, perumahan tidak mewah, dan air minuman," kata Presiden Indonesia Prabowo Subianto dalam sidang media maya di Jakarta lewat Selasa.
Prabowo turut menyatakan bahawa pemerintah Indonesia akan menyediakan pakej insentif ekonomi bagi memastikan kenaikan VAT tidak memberi kesan besar kepada kuasa beli rakyat.
Dengan meningkatkan VAT, Indonesia berhasrat merancakkan ekonomi, terutamanya dalam sektor pembuatan, perdagangan, industri digital, serta sektor tidak formal lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Cukai Nilai Tambah
#barangan mewah
#perkhidmatan
#Prabowo Subianto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan