awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia mulakan perkhidmatan teleperubatan, kurangkan beban sistem kesihatan

Agensi
Agensi
05/07/2021
15:39 MYT
Indonesia mulakan perkhidmatan teleperubatan, kurangkan beban sistem kesihatan
Indonesia sedang berjuang untuk mengawal antara penularan wabak COVID-19 terburuk di Asia, yang didorong oleh varian Delta dari India. - Foto Reuters
JAKARTA: Indonesia akan mula memberikan servis teleperubatan kepada pesakit COVID-19 bergejala ringan sebagai usaha mengurangi tekanan pada sektor kesihatan, kata Menteri Kesihatannya, Budi Gunadi Sadikin.
Dengan jumlah kes yang meningkat hampir setiap hari minggu lalu, Indonesia sedang berjuang untuk mengawal antara penularan wabak COVID-19 terburuk di Asia, yang didorong oleh varian Delta dari India.
Perkhidmatan perubatan jarak jauh ini boleh diakses mulai hari Selasa dan disediakan oleh firma telekesihatan seperti Alodokter dan Halodoc.
Ia akan merangkumi rundingan percuma dan penghantaran ubat, kata Budi Gunadi Sadikin pada sidang akhbar pada Isnin.
"Pesakit COVID-19 boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan tepat pada waktunya tanpa perlu ke hospital, jadi hospital dapat memberi keutamaan kepada pesakit dengan gejala sederhana, berat, dan kritikal," katanya.
Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati pula memaklumkan perbelanjaan kesihatan akan ditambah menjadi 193.93 trilion rupiah (RM55 juta) untuk rawatan, ujian, pengesanan kontak, ubat-ubatan, vaksin dan pakaian perlindungan peribadi (PPE).
BACA: Kes COVID-19 terus melonjak di Indonesia, hampir 30 ribu kes dilaporkan
Penggunaan katil di hospital adalah 75 peratus di seluruh negara itu setakat 2 Julai, kata Kementerian Kesihatan, namun beberapa hospital di Pulau Jawa melaporkan kapasiti lebih daripada 90 peratus.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#COVID-19
#pesakit
#teleperubatan
#Hospital
#Varian Delta
#India
#perubatan jarak jauh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan