Indonesia musnahkan udang tercemar radioaktif

Pemusnahan udang itu dilaksanakan selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat mengesan 494 kotak kadbod dengan permukaan luar tercemar bahan radioaktif Cs-137. - Gambar hiasan/ Adobe Stock
JAKARTA: Agensi Kuarantin Indonesia (Barantin) mengesahkan pemusnahan 5.7 tan udang dalam 494 karton yang tercemar bahan radioaktif Cesium-137 (Cs-137) adalah langkah penting bagi memastikan keselamatan makanan, lapor ANTARA.
Ringkasan AI
- Agensi Kuarantin Indonesia (Barantin) memusnahkan 5.7 tan udang tercemar Cs-137 dalam 494 karton, menekankan komitmen kerajaan dalam melindungi keselamatan makanan dan sumber biologi negara.
- Pemusnahan itu dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Kementerian Alam Sekitar, Bapeten, dan BRIN untuk memastikan produk makanan yang dipasarkan selamat dan bebas risiko kepada manusia serta alam sekitar.
- Tindakan pemusnahan dilaksanakan di fasiliti PT Prasadha Pamunah Limbah Industri (PPLI) di Bogor selepas Amerika Syarikat mengesan udang tercemar Cs-137 dalam 494 kotak kadbod.
Dengan kerjasama Pasukan Petugas Pengendalian Cesium-137, Barantin melaksanakan pemusnahan produk udang tercemar Cs-137 pada Sabtu.
Menurut Alfaraby, langkah itu penting bagi memastikan semua produk makanan yang dipasarkan adalah selamat, sihat dan bebas daripada risiko terhadap manusia serta alam sekitar.
"Sebanyak 494 karton mengandungi udang tercemar dimusnahkan berdasarkan cadangan Barantin dan Badan Kawal Selia Tenaga Nuklear (Bapeten)," katanya.
Proses pemusnahan dijalankan secara bersepadu bersama Kementerian Alam Sekitar/Agensi Kawalan Alam Sekitar (KLH/BPLH), Bapeten dan Agensi Penyelidikan dan Inovasi Negara (BRIN) melalui Unit Kluster Cesium-137.
Kerjasama pelbagai agensi ini demi memastikan semua prosedur dan proses pemusnahan mematuhi piawaian keselamatan radiasi.
Pemusnahan dilakukan di fasiliti PT Prasadha Pamunah Limbah Industri (PPLI) di Bogor.
Pemusnahan udang itu dilaksanakan selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat mengesan 494 kotak kadbod dengan permukaan luar tercemar bahan radioaktif Cs-137.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


