awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia perkenal semula lawatan tanpa visa untuk warga ASEAN

Bernama
Bernama
06/04/2022
04:45 MYT
Indonesia perkenal semula lawatan tanpa visa untuk warga ASEAN
Dengan dasar baharu ini, warga asing dari sembilan negara anggota ASEAN yang lain boleh masuk tanpa visa. - Gambar fail/REUTERS
JAKARTA: Kerajaan Indonesia memperkenalkan semula dasar lawatan tanpa visa untuk rakyat dari negara anggota ASEAN, lapor Xinhua, memetik Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia pada Selasa.
"Dengan dasar baharu ini, warga asing dari sembilan negara anggota ASEAN yang lain boleh masuk tanpa visa," kata Pengarah Trafik Imigresen, Amran Aris.
Mereka hanya perlu menunjukkan bukti vaksinasi COVID-19, negatif ujian saringan PCR yang diambil 48 jam sebelum ketibaan, dan menggunakan aplikasi PeduliLindungi pada telefon mudah alih.
Selain itu, mereka juga tidak lagi perlu menjalani saringan PCR semasa ketibaan jika lulus pemeriksaan suhu.
Setakat ini, lapangan terbang antarabangsa di Yogyakarta, Makassar, Medan dan Pekanbaru telah dibuka semula.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#ujian saringan
#Visa
#warga asing
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan