awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia rancang wujudkan 200,000 hektar kawasan konservasi laut baharu pada 2025

Bernama
Bernama
07/05/2025
23:15 MYT
Indonesia rancang wujudkan 200,000 hektar kawasan konservasi laut baharu pada 2025
Penyepaduan perancangan ruang laut adalah penting bagi memastikan penggunaan laut dijalankan secara bertanggungjawab, mampan dan adil untuk semua pihak. - Gambar hiasan
JAKARTA: Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia merancang untuk mewujudkan 200,000 hektar kawasan konservasi laut baharu tahun ini bagi meningkatkan daya tahan marin, memelihara alam sekitar dan menyokong pertumbuhan ekonomi, menurut seorang pegawai kanan pada Rabu.
Kementerian itu komited untuk memperkukuh pengurusan karbon biru dan meningkatkan keberkesanan pengurusan kawasan konservasi, kata Ketua Pengarah Perancangan Ruang Laut kementerian berkenaan, Kartika Listriana.
"Kami akan mewujudkan 200,000 hektar kawasan konservasi laut baharu pada 2025," umum beliau pada satu sidang media, lapor Xinhua.
Listriana menjelaskan bahawa rancangan itu selaras dengan perancangan ruang laut yang mampan.
"Penyepaduan perancangan ruang laut adalah penting bagi memastikan penggunaan laut dijalankan secara bertanggungjawab, mampan dan adil untuk semua pihak, termasuk komuniti pesisir dan generasi akan datang," katanya.
Terdahulu, kementerian itu melaporkan keluasan kawasan konservasi di Indonesia telah mencecah 29.9 juta hektar pada tahun lepas.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#kawasan konservasi laut
#pengurusan karbon biru
#Kartika Listriana
#kehidupan marin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami