Temasya tersebut akan diadakan di Jakarta dan Palembang sehingga 2 September ini.
Susulan temasya terbesar di negara itu, seramai 100,000 anggota pasukan polis dan tentera di tugaskan untuk menjaga keamanan sepanjang temasya itu berlangsung.
Walaupun Indonesia terkenal dengan kadar kesesakan jalan raya yang tinggi, pihak berkuasa memberi jaminan bahawa segala persiapan sudah dilakukan.
Ini merupakan kali kedua negara tersebut menjadi tuan rumah buat temasya Sukan Asia.
Walaupun Indonesia terkenal dengan kadar kesesakan jalan raya yang tinggi, pihak berkuasa memberi jaminan bahawa segala persiapan sudah dilakukan. - Foto Reuters
Sementara itu, kerajaan Indonesia beri jaminan kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan tidak akan jejaskan penganjuran Sukan Asia 2018.
Sejak seminggu lalu, pencemaran udara di pontianak mencapai tahap tidak sihat dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) mencecah lebih 100 pada Isnin.
Sekitar 846 titik panas telah dikesan melalui satelit, 301 daripadanya ditandakan sebagai sederhana dan 173 lagi kategori tinggi.
Jerebu berpunca kebakaran hutan dan ladang di beberapa kawasan di Kalimantan barat.
BACA: Tujuh titik panas dikenal pasti di Sarawak
Menurut Ketua Pengarah Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan (KLHK), Ruandha Agung Sugadirman usaha mencegah kebakaran telah dilakukan sejak seminggu lalu.