awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia tidak tunduk ugutan walau PM Australia 'ungkit' tentang bantuan

Reuters
Reuters
18/02/2015
08:37 MYT
Indonesia tidak tunduk ugutan walau PM Australia 'ungkit' tentang bantuan
Abbott sebelum ini menyatakan bahawa Indonesia berhutang dengan Australia dan sebab itu tidak perlu menjalankan hukuman mati kepada dua warganya. - Gambar fail
Kementerian Luar Indonesia hari ini membalas kenyataan Perdana Menteri Australia Tony Abbott yang ‘mengungkit’ bantuan kemanusiaan yang diberikan pada masa lalu kepada Indonesia sebagai usaha membebaskan dua warga Australia yang menunggu hukuman mati.
“Kita tidak akan memberi respon terhadap sebarang bentuk ugutan. Saya berharap kenyataan yang dikeluarkan (Abbott) itu tidak mencerminkan warna sebenar orang Australia.
“Ugutan atau ancaman bukan sebahagian daripada bahasa diplomatik dan tiada sesiapa yang akan memberi maklum balas terhadapnya,” ujar jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Armanatha Nasir.
Abbott sebelum ini menyatakan bahawa Indonesia ‘berhutang’ dengan Australia dan sebab itu tidak perlu menjalankan hukuman mati kepada dua warganya, Myuran Sukumaran dan Andrew Chan.
Australia tidak mengiktiraf hukuman mati dan masih merayu pada saat-saat akhir untuk membebaskan dua warganya yang didapati bersalah cuba menyeludup dadah keluar dari Indonesia.
Menteri Luar Australia, Julie Bishop pula pernah menyatakan tindakan melaksanakan hukuman mati itu akan merugikan Indonesia kerana industri pelancongan republk itu, khususnya pulau Bali yang sering dikunjungi warga Australia mungkin akan diboikot.
Indonesia teguh mempertahankan undang-undang dan hukuman berkaitan pesalah dadah terutamanya selepas Presiden Joko Widodo berikrar akan memerangi masalah tersebut habis-habisan.
Topic Berkaitan
#Andrew Chan
#Australia
#Dadah
#Indonesia
#Myuran Sukumaran
#Tony Abbott
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan