awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingat mesej Buddha supaya tolak keganasan - PBB

Nailah Huda
Nailah Huda
07/05/2020
01:53 MYT
Ingat mesej Buddha supaya tolak keganasan - PBB
Ketika ketidakadilan semakin meningkat, Setiausaha Agung PBB menganjurkan mesej Buddha agar masyarakat bersatu menolak keganasan. -Gambar fail
Sempena sambutan Hari Wesak hari ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menganjurkan mesej Buddha agar masyarakat bersatu menolak keganasan.
“Ketika kita berdepan dengan ketidakadilan yang semakin meningkat ketika ini, mesej Buddha supaya menolak keganasan dan berkhidmat untuk pihak lain kini amat relevan,” kata Guterres dalam satu kenyataan pada Khamis.
“Pada hari ini, di mana kita menyambut kelahiran, pencerahan dan pemergian Buddha, kami semua penganut Buddha serta penganut agama lain, boleh mengimbas kepada kehidupannya dan mengambil inspirasi daripada ajarannya.
“Pada Hari Wesak, mari kita memperbaharui komitmen dalam membina dunia yang aman dan bermaruah buat semua,” ujar beliau.
Penganut Buddha dianggarkan merangkumi 7 peratus daripada populasi sedunia pada 2015. Namun angka ini dijangka meningkat sebanyak 5 peratus pada 2060, menurut pusat kajian Pew Research Center.
Berdasarkan kajian Pew pada 2010, separuh daripada penganut Buddha di seluruh dunia mendiami China, merangkumi 18 peratus daripada populasi negara itu.
Baki penganut Buddha kebanyakannya dari Asia Timur dan Asia Tenggara, termasuk 13 peratus di Thailand dan 9 peratus di Jepun.
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#Buddha
#Hari Wesak
#PBB
#penganut agama
#Pew Research Center
#Setiausaha Agung
#UN
#Vesak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan