DUA minggu selepas 2018 melabuhkan tirai, data daripada pelbagai aspek mula dikeluarkan oleh badan utama termasuk Bank Dunia.
Tumpuan kepada kemiskinan tegar terus diberi penekanan di mana meskipun data menunjukkan penambahbaikan, namun isu itu dijangka akan tertumpu kepada satu wilayah sahaja iaitu Afrika Sub-Sahara.
Ini antara lima perkara dunia capai sepanjang 2018:
1. Kemiskinan tegar berada pada tahap terendah dalam rakaman sejarah.
Pada 1990, lebih satu pertiga penduduk dunia berdepan kemiskinan tegar dengan pendapatan AS$1.90 (kira-kira RM7.80) sehari atau kurang.
Namun pada 2015, data terkini menunjukkan kadar kemiskinan tegar mencecah 10 peratus, terendah dalam sejarah.
Sejak tiga dekad lalu, sejumlah satu bilion penduduk dunia berjaya keluar dari kemiskinan tegar dengan separuh dari negara di dunia berjaya mengatasi masalah tersebut dan mempunyai data kemiskinan di bawah kadar 3 peratus.
Namun menurut Bank Dunia, lebih banyak perkara perlu dilakukan kerana sejumlah 736 juta orang masih hidup dalam kemiskinan tegar.
2. Kemiskinan tegar kini lebih tertumpu di Afrika Sub-Sahara.
Jumlah penduduk miskin tegar di Afrika Sub-Sahara terus meningkat dari 278 juta pada 1990 kepada 413 juta pada 2015.
Pada tahun itu, Afrika Sub-Sahara menempatkan 27 daripada 28 negara paling miskin di dunia dengan jumlah miskin tegar tertinggi jika dibandingkan dengan jumlah miskin tegar seluruh dunia.
Nigeria dijangka melepasi India daripada segi jumlah penduduk miskin tegar tertinggi.
Di wilayah lain, kadar kemiskinan tegar berada di bawah 13 peratus, manakala Afrika Sub-Sahara berada pada 41 peratus.
Menurut laporan Kemiskinan dan Perkongsian Kemakmuran 2018, faktor mendorong peningkatan miskin tegar di wilayah itu adalah pertumbuhan ekonomi terlalu perlahan, konflik, dan institusi yang terlalu lemah.
3. 68.5 juta penduduk dunia ‘dipaksa berpindah’
Menurut Agensi Pelarian Pelarian Persatuan Bangsa Bersatu (PBB) sejumlah besar penduduk dunia ‘dipaksa berpindah’ disebabkan penganiayaan, konflik atu keganasan.
Sejumlah 25.4 juta pelarian direkodkan seluruh dunia dan ditempatkan di negara membangun serta negara maju seperti Jerman yang menempatkan 970,000 pelarian, kebanyakannya dari Syria.
Di negara membangun pula, Lubnan menempatkan jumlah pelarian terbesar per kapita di dunia, iaitu satu daripada empat pelarian Syria.
Menurut Organisasi Antarabangsa untuk Migran, Uganda menempatkan sejumlah 1 juta pelarian Sudan Selatan, Bangladesh pula menempatkan 1 juta pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, dan 3 juta orang meninggalkan Venezuela dan lari ke Colombia akibat krisis ekonomi.
Sejumlah 70 peratus dari pelarian ini hidup di bawah garis kemiskinan.
4. 91 peratus populasi dunia hidup di kawasan dengan kualiti udara rendah
Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), 9 dari 10 penduduk dunia menyedut udara tercemar. Data itu melibatkan 4,300 bandar dari 108 buah negara.
Sejumlah besar kawasan ini adalah di Wilayah Mediterranean Timur dan Asia Pasifik, diikuti Afrika dan Pasifik Barat.
Menurut data kualiti udara, 97 peratus bandar di negara berpendapatan rendah dan sederhana dengan lebih 100,000 penduduk, tidak memenuhi garis panduan kualiti udara WHO.
WHO menjangkakan 7 juta penduduk dunia mati setiap tahun akibat pencemaran udara di luar dan dalam rumah dengan 90 peratus kematian adalah di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
5. Kekurangan nutrisi dan tumbesaran terbantut dikaitkan dengan sanitasi yang teruk.
Lebih 2.6 bilion penduduk dunia tidak mempunyai akses kepada tandas dan air bersih untuk tujuan membasuh dan minuman.
Sanitasi teruk mengorbankan 1.6 juta nyawa setiap tahun dan menyumbang kepada kebantutan kanak kanak.
Lebih 150 juta kanak-kanak seluruh dunia terbantut susulan kekurangan nutrisi terhadap ibu ketika mengandung.
Najib Aroff
Mon Jan 14 2019
70 peratus dari pelarian hidup di bawah garis kemiskinan. -Gambar hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.