MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Ogos 2025.
Semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak berkaitan kewujudan Titah Adendum akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Demikian diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim.
Kementerian Pertahanan mendapati tiada sebarang unsur penderaan dalam kes kematian pelatih kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia, Syamsul Haris Shamsudin, 22, seperti didakwa sebelum ini.
Kegagalan membayar cukai boleh menghalang seseorang daripada ke luar negara, kata Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pungutan Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri Azaharuddin Mohd Ali.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kunak, Norazlinah Arif, menyifatkan percubaan menjatuhkan pentadbiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerusi ‘Langkah Kinabalu’ sebagai pengkhianatan terbesar kepada rakyat negeri itu.
Kementerian Pendidikan mengambil langkah menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha ke Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Pasukan guaman kepada Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan untuk mengemukakan permohonan pengampunan penuh baharu terhadap bekas Perdana Menteri itu.
7. Penganggur didakwa bunuh bapa kandung
7. Penganggur didakwa bunuh bapa kandung
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya di sebuah rumah di sini pada 6 Ogos lepas.
8. Kes Zara Qairina: Pegawai penyiasat didapati tak patuh SOP, tak mohon bedah siasat – Pengarah JSJ
Wujud unsur ketidakpatuhan prosedur operasi standard oleh Pegawai Penyiasat PDRM berhubung kes kematian pelajar SMKA Tun Datu Mustapha, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Anak kepada bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli didakwa diserang secara fizikal oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Selasa.
Sebanyak 229 pelawat asing dari pelbagai negara dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak Selasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami