awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ini bukan merdeka"- 'Deklarasi New York' pincang bela nasib Palestin

Asyraf Malik
Asyraf Malik
03/08/2025
10:30 MYT
"Ini bukan merdeka"- 'Deklarasi New York' pincang bela nasib Palestin
Kekejaman berterusan Israel di Gaza yang kini memasuki bulan ke-21 telah meragut lebih 60,000 nyawa, dengan rakyat Palestin kini turut menderita kebuluran. - Gambar fail/ Reuters
KUALA LUMPUR: Campur tangan rejim Israel dan tekanan terhadap Hamas menyebabkan rundingan keamanan Gaza menerusi Deklarasi New York disifatkan kurang berhasil.

Ringkasan AI
  • Rundingan keamanan Gaza menerusi Deklarasi New York kurang berhasil akibat campur tangan rejim Israel dan kawalan ketat terhadap sempadan Gaza yang menyukarkan pelaksanaan bantuan kemanusiaan.
  • Abdul Rashid menolak cadangan agar Hamas meletakkan senjata dan menyerahkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Palestin, kerana Hamas menang pilihan raya secara sah dan mewakili suara rakyat Gaza.
  • Beliau menegaskan bahawa penyelesaian yang meminggirkan Hamas adalah bentuk penjajahan politik moden dan hanya akan menggagalkan proses damai serta mengekalkan pengaruh kuasa luar terhadap Palestin.

Pengarah Institut Kecemerlangan Pangajian Baitulmaqdis Universiti Utara Malaysia (UUM), Abdul Rashid Yatiban berkata, resolusi antarabangsa itu menggesa pembukaan koridor Semenanjung Gaza, namun ia sukar dilaksanakan selagi Israel mengawal perbatasan.
"Mana mungkin perkara yang dirundingkan dan diputuskan dapat dilaksanakan jika rejim haram Israel masih mengawal Gaza serta mengenakan sekatan ke atasnya.
"Masyarakat antarabangsa perlu mendesak pengunduran penuh Israel dari bumi Gaza agar bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa gangguan.
"Segala bentuk koordinasi oleh Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Bangsa-banga Bersatu (PBB) hanya akan berkesan sekiranya halangan utama ini dihapuskan," ujarnya dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Ahad.
Penghentian sekatan ini penting supaya bekalan asas seperti makanan, bahan api dan ubat-ubatan dapat disalurkan kepada rakyat Palestin yang kebuluran.
Dalam pada itu, Abdul Rashid turut menolak sekeras-kerasnya cadangan Deklarasi New York yang menggesa Hamas meletakkan senjata dan menyerahkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Palestin.
"Hamas menang pilihan raya secara sah dan mendapat mandat warga Gaza sendiri. Menyingkirkan Hamas daripada proses damai hanya akan menggagalkan rundingan.
"Rata-rata kenyataan kuasa besar dunia dilihat mahu menentukan siapa layak mentadbir Gaza, tanpa mengambil kira suara rakyat Palestin, ini adalah penjajahan politik moden.
"Ini bukan merdeka, penyelesaian yang meminggirkan Hamas hanya akan mengekalkan cengkaman kuasa luar terhadap Palestin," tegas Abdul Rashid.
Tambah beliau, Hamas tidak pernah menjadi ancaman kepada agensi bantuan antarabangsa, sebaliknya memainkan peranan penting dalam pengurusan rakyat di Gaza sejak konflik tercetus.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#deklarasi new york
#Israel
#Palestin
#rejim Zionis
#Hamas letak senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan