SELEPAS pusingan debat Presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon Presiden AS, Joe Biden berlangsung kecoh pada 29 September lalu, kini giliran calon naib Presiden pula mempamerkan kehebatan masing-masing dalam pusingan debat kali ini.
Ia merupakan persaingan di antara Naib Presiden AS, Mike Pence dan saingan demokratnya, Senator Kamala Harris dari California.
Satu-satunya pertembungan di antara dua individu itu akan berlangsung di Utah, pada malam Rabu (waktu tempatan).
Ia akan menandakan satu detik bersejarah, apabila Harris menjadi wanita berkulit gelap dan warga Asia pertama yang mengambil bahagian dalam pusingan kempen debat presiden pilihan raya umum.
Selepas Trump disahkan positif COVID-19, berikut adalah lima perkara yang bakal menjadi tumpuan menarik dalam debat kali ini:
Secara jarak jauh dan diletakkan halangan kaca lutsinar
Sebagai tindak balas terhadap penyebaran COVID-19 di dalam Rumah Putih yang Pence turut dilaporkan menghadiri satu acara di situ, penganjur membuat perubahan dengan mengutamakan keselamatan.
Penganjur debat itu akan meletakkan Pence dan Harris dengan jarak lebih daripada 3.6 meter, selain menggunakan kaca lutsinar sebagai penghalang antara kedua-dua calon. Hadirin juga diwajibkan memakai pelitup muka.
Cabaran Harris terhadap COVID-19
Trump merupakan presiden yang disifatkan terlampau berani dan tidak takut COVID-19. Beliau tidak pernah sekali pun menyebut mengenai kontak rapat yang mungkin dijangkiti olehnya sewaktu berada di Rumah Putih.
Dalam ucapannya kepada orang ramai selepas keluar dari hospital, beliau juga tidak pernah menyatakan rasa simpati terhadap lebih 210,000 rakyat AS yang mati akibat penyakit ini serta keluarga mereka.
Pence pastinya akan mempamerkan ketenangan
Selepas mengharungi minggu yang kacau-bilau apabila presiden sendiri disahkan positif virus tersebut yang memaksanya menghabiskan tiga hari di hospital, Pence dalam perbahasan malam Rabu pasti mempamerkan ketenangan yang tidak ditunjukkan oleh Trump minggu lalu.
Pence perlu mempertahankan pendirian pasukan kempen Trump bahawa pandemik itu masih terkawal dan virus itu tidak boleh menjejaskan kehidupan warga AS.
Harris dihantui polisinya sebelum ini
Harris sebelum ini penyokong "Medicare for All", sebuah rancangan perlindungan insurans kesihatan yang ditulis dan diperjuangkan pesaingnya.
Sekarang, lain pula kisahnya apabila Harris menyanggah Biden dan cadangannya untuk melaksanakan Affordable Care Act.
Trump dan Pence sebenarnya tidak mempunyai rancangan penjagaan kesihatan yang dipercayai tetapi itu tidak akan menghalang naib presiden itu melabel Harris sebagai golongan berhaluan kiri.
Persoalan-persoalan tidak berjawab
Dalam debat yang pertama, Biden banyak tidak menjawab soalan ditanyakan kepadanya terutamanya berkaitan jumlah hakim di Mahkamah Agung.
Trump tidak mendapat jawapan dikehendaki daripada Biden, justeru Pence mungkin berusaha menekan Harris dengan pertanyaan-pertanyaan itu.
Pence pula mungkin perlu menjawab ciapan dikeluarkan Trump baru-baru ini mengenai rangsangan ekonomi dan pastinya lebih banyak soalan dan jawapan panas akan mula diajukan.
Agensi
Wed Oct 07 2020
Persaingan antara Naib Presiden AS, Mike Pence dan saingan demokratnya, Senator Kamala Harris dari California, pasti menarik malam ini.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.