awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini senarai negara yang gantung penggunaan vaksin AstraZeneca

Nailah Huda
Nailah Huda
16/03/2021
15:24 MYT
Ini senarai negara yang gantung penggunaan vaksin AstraZeneca
Malaysia akan meneruskan penerimaan dan pembelian vaksin COVID-19 yang dibangunkan AstraZeneca kerana tiada bukti yang menunjukkan wujud kesan langsung pembekuan darah akibat vaksin itu. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Beberapa lagi negara telah bertindak menggantung pemberian vaksin COVID-19 buatan AstraZeneca susulan dakwaan vaksin itu mengakibatkan beberapa kesan sampingan.
Langkah itu diambil meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjamin bahawa vaksin tersebut selamat dan masih tiada bukti yang menunjukkan vaksin itu ada kaitan dengan pembekuan darah.
Denmark menjadi negara Eropah pertama yang menggantung penggunaan vaksin AstraZeneca sebagai langkah berjaga-jaga.
Susulan itu, Iceland dan Norway turut mengambil langkah sama pada hari seterusnya.
Thailand menjadi negara pertama di luar Eropah yang menggantung pemberian vaksin berkenaan minggu lalu.
Namun, negara jiran itu telah menarik balik keputusan tersebut dan meneruskan program pelancaran vaksin dengan Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha menjadi individu pertama disuntik dengan vaksin tersebut.
Terbaharu, Indonesia menangguhkan sementara cadangan untuk memberi suntikan vaksin AstraZeneca, menjadi satu-satunya negara Asia yang mengambil langkah tersebut setakat ini.
Beberapa negara di luar Kesatuan Eropah (EU) seperti Kanada, Australia dan UK bagaimanapun akan meneruskan pemberian vaksin berkenaan.
Malaysia juga akan meneruskan penerimaan dan pembelian vaksin COVID-19 yang dibangunkan AstraZeneca kerana tiada bukti yang menunjukkan wujud kesan langsung pembekuan darah akibat vaksin itu.
Berikut antara negara yang menggantung pemberian vaksin COVID-19 buatan AstraZeneca setakat 16 Mac 2021:
  1. Denmark
  2. Iceland
  3. Norway
  4. Sweden
  5. Belanda
  6. Jerman
  7. Perancis
  8. Sepanyol
  9. Itali
  10. Portugal
  11. Luxembourg
  12. Slovenia
  13. Bulgaria
  14. Estonia
  15. Lithuania
  16. Latvia
  17. Congo
  18. Indonesia
Topic Berkaitan
#AstraZeneca
#vaksin
#COVID-19
#vaccine
#COVAX
#Indonesia
#Thailand
#EU
#KHAIRY
#pembekuan darah
#darah beku
#thrombosis
#blood clot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan