awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Perbicaraan baharu kematian Diego Maradona diadakan di luar Buenos Aires
MALAYSIA
Eksekutif akaun rugi lebih RM100,000 terperdaya sindiket penipuan telefon
MALAYSIA
1,000 Sekolah Angkat Madani berjaya ditubuhkan, melebihi sasaran awal - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

Insiden tebusan di Sydney berakhir

Agensi
Agensi
15/12/2014
16:36 MYT
Insiden tebusan di Sydney berakhir
Polis juga tidak menafikan laporan yang mendedahkan identiti Man Haron Monis. -EPA
Polis New South Wales mengesahkan insiden tebusan di sebuah kafe di Sydney selama 17 jam berakhir awal pagi Selasa.
Rakaman televisyen menunjukkan polis menyerbu kafe Lindt di mana seorang lelaki bersenjata menawan beberapa orang tebusan dan memaparkan bendera Islam pada pagi Isnin.
Pemberita AFP berhampiran tempat kejadian terdengar satu siri letupan kuat dan jeritan setelah polis merempuh masuk.
Beberapa orang berlari keluar dari bangunan yang terletak di pusat bandar Sydney. Ada di antara mereka dilaporkan cedera.
Media tempatan melaporkan seorang anggota polis turut cedera.
Sebelum ini, nama lelaki bersenjata yang menjadikan sekumpulan pengunjung sebuah kafe di Sydney sebagai tebusan didedahkan oleh ABC Television dan media lain sebagai Man Haron Monis, 49, seorang 'ulama' kelahiran Iran.
Insiden berlaku di kafe Lindt Chocolate pada pagi Isnin di Martin Space, sebuah kawasan perniagaan yang sibuk.
Penyiar nasional, ABC, berkata Monis dalam “jaminan atas beberapa kesalahan ganas.”
Bekas peguam Monis iaitu Manny Conditsis berkata orang ramai diberi jaminan bahawa insiden ini bukan dilakukan oleh kumpulan pengganas.
“Ia dilakukan oleh seorang individu. Ia bukan satu keganasan atau tindakan bersepadu. Ia satu insiden oleh seorang individu yang melakukan sesuatu yang keterlaluan,” katanya.
Terdapat laporan bahawa Monis tiba di Australia pada 1996 sebagai seorang pelarian dan tinggal di barat daya Sydney.
Polis tidak menafikan laporan berkenaan. Mereka sedia maklum tentang identiti Monis namun enggan mendedahkan maklumat itu ketika operasi berjalan.
Topic Berkaitan
#Man Haron Monis
#Sydney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami