UVALDE: Angka kematian terkini insiden tembakan di sekolah rendah Robb di Texas, Amerika Syarikat (AS) dilapor meningkat kepada 21.

Ia susulan lima lagi kematian membabitkan murid sekolah rendah tersebut menjadikan jumlah keseluruhan murid yang terkorban ialah 19 orang, kata Senator Texas, Roland Gutierrez kepada CNN.

Sementara itu, jumlah mangsa dewasa yang terkorban meningkat kepada dua orang setakat ini.

Jumlah kematian ini menjadikan insiden tembakan rambang pada Selasa itu kedua paling dahsyat selepas kejadian tembakan di Sekolah Rendah Sandy Hook pada 2012 di Newtown, Connecticut di mana 20 kanak-kanak dan enam kakitangan terbunuh.

BACA: Suspek dipercayai tembak nenek sebelum serang murid sekolah rendah - Gabenor

BACA: 14 pelajar, 1 guru maut insiden tembakan di sekolah

Satu lagi kejadian tembakan dengan jumlah kematian tertinggi berlaku di Marjory Stoneman Douglas High School di Parkland, Florida pada 2018 di mana 14 pelajar sekolah menengah dan tiga kakitangan sekolah terbunuh.

Sekolah Rendah Robb, yang terletak di bandar Uvalde, kira-kira 95 kilometer di timur sempadan Mexico, mempunyai 600 pelajar berdaftar.

Sekolah Rendah Robb, yang terletak di bandar Uvalde, kira-kira 95 kilometer di timur sempadan Mexico, mempunyai 600 pelajar berdaftar.