awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2026
08:15 MYT
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Interpol mengeluarkan notis merah terhadap Mohammad Riza Chalid (foto) yang disyaki terlibat dalam skandal rasuah besar Pertamina dari 2018 hingga 2023. -Foto Sinar Harian
JAKARTA: Interpol telah mengeluarkan notis merah terhadap tokoh minyak Indonesia dalam buruan, Mohammad Riza Chalid, 66, pada 23 Januari lalu.

Ringkasan AI
  • Interpol mengeluarkan notis merah terhadap Mohammad Riza Chalid, tokoh minyak Indonesia dalam buruan, disyaki terlibat dalam skandal rasuah besar Pertamina dari 2018 hingga 2023.
  • Pasport dan pergerakan Mohammad Riza dihalang, kesan daripada dakwaan rasuah mencecah RM66.8 bilion, melibatkan 18 suspek, termasuk anaknya.
  • Tindakan Interpol menekankan kepentingan pengekalan integriti dalam industri minyak Indonesia dan usaha memerangi rasuah secara menyeluruh.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Mohammad Riza didakwa terlibat dalam skandal rasuah berskala besar membabitkan syarikat minyak negara, Pertamina, bagi tempoh 2018 hingga 2023.
Setiausaha Biro Pusat Nasional Interpol Indonesia, Untung Widyatmoko, berkata pihaknya bekerjasama dengan 196 negara anggota Interpol bagi mengesan kedudukan Mohammad Riza.
Beliau mengesahkan pihak berkuasa mengetahui lokasi suspek namun enggan mendedahkannya atas faktor keselamatan dan operasi.
Menurut penyiasatan, Mohammad Riza bersama beberapa pegawai kanan Pertamina serta anaknya, Muhammad Kerry Adrianto Riza, dipercayai berpakat mengimport minyak mentah pada harga lebih tinggi daripada sumber domestik seperti diwajibkan undang-undang.
Tindakan itu didakwa bagi memanipulasi perjanjian sewaan serta memudahkan pengubahan wang haram.
Pejabat Peguam Negara Indonesia menganggarkan kerugian negara akibat skim rasuah itu mencecah 285 trilion rupiah (sekitar RM66.8 bilion).
Sekurang-kurangnya 18 individu telah dinamakan sebagai suspek setakat ini.
Pasport Indonesia milik Mohammad Riza juga dibatalkan pada Oktober lalu untuk menghalang pergerakannya ke luar negara.
Mohammad Riza, yang digelar “gasoline godfather” kerana pengaruhnya dalam industri minyak, sebelum ini telah beberapa kali gagal menghadiri panggilan penyiasat dan diisytiharkan sebagai individu dikehendaki sejak Ogos 2025.
Pihak Interpol Indonesia mengesahkan koordinasi dengan rakan sejawatan di luar negara serta Interpol Lyon sedang dipergiat bagi memudahkan proses penahanan.
Kes itu sekali lagi menyerlahkan cabaran berpanjangan Indonesia dalam usaha memerangi rasuah, khususnya dalam sektor strategik seperti minyak dan gas.
Pemerhati menyifatkan tindakan Interpol sebagai langkah penting memastikan semua pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah punca Keluarnya notis merah Interpol terhadap Mohammad Riza Chalid? A: Mohammad Riza Chalid didakwa terlibat dalam skandal rasuah berskala besar yang melibatkan syarikat minyak negara, Pertamina, dari tahun 2018 hingga 2023.
  • Q: Berapakah nilai anggaran kerugian negara akibat skim rasuah yang disyaki dilakukan oleh Mohammad Riza Chalid? A: Pejabat Peguam Negara Indonesia menganggarkan kerugian negara akibat skim rasuah yang disyaki dilakukan oleh Mohammad Riza Chalid mencecah 285 trilion rupiah (sekitar RM66.8 bilion).
  • Q: Apakah tindakan yang diambil untuk menghalang pergerakan Mohammad Riza Chalid ke luar negara? A: Pasport Indonesia milik Mohammad Riza Chalid telah dibatalkan pada Oktober lalu untuk menghalang pergerakannya ke luar negara.

Topic Berkaitan
#Interpol
#Mohammad Riza Chalid
#Pertamina
#taikun minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan