Skip to main content

Dunia

Iran akan saman berhubung serangan AS-Israel terhadap tapak purba Isfahan

A damaged historic building stands next to Isfahan’s Provincial Governor’s office near Naqsh-e Jahan Square, a UNESCO World Heritage site, in Isfahan, Iran, March 23, 2026. REUTERS/Alaa Al Marjani Foreign media in Iran operate under guidelines set by the Ministry of Culture and Islamic Guidance, which regulates press activity and permissions.
Gabenor Wilayah Isfahan berkata sepasukan pakar undang-undang akan memfailkan aduan kepada organisasi antarabangsa berhubung kerosakan yang dialami oleh beberapa tapak bersejarah di wilayah itu semasa serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel. - Foto REUTERS

ISFAHAN: Gabenor Wilayah Isfahan berkata sepasukan pakar undang-undang akan memfailkan aduan kepada organisasi antarabangsa berhubung kerosakan yang dialami oleh beberapa tapak bersejarah di wilayah itu semasa serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Bercakap sempena ‘Hari Monumen dan Tapak Antarabangsa’, Mehdi Jamali Nejad mengulangi kepentingan memelihara bangunan bersejarah dan tapak purba.

Advertisement

“Warisan budaya adalah tonggak masa depan yang mampan. Malangnya, semasa perang dan serangan musuh ke atas bandar bersejarah ini, kira-kira 203 lokasi dalam Grand Bazaar serta 28 monumen bersejarah mengalami kerosakan dan memerlukan pemulihan.

“Kami telah memulakan proses pemulihan dan berhasrat untuk menyiapkan pembinaan semula tapak ini dalam baki dua tahun pentadbiran semasa,” jelas beliau.

Beliau berkata pasukan undang-undang telah dilantik dan satu kes telah disediakan untuk aduan tersebut.

“Pakar telah meluangkan masa beberapa hari di Isfahan, dan kami telah mengumpulkan serta menyerahkan dokumentasi yang diperlukan. Prosiding undang-undang ini sedang berjalan, dan kami berharap dapat mencapai keputusan yang memihak kepada kami,” katanya.

-- BERNAMA-IRNA

 

Must Watch Video