ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 April 2026.
1. Kebakaran musnahkan 200 rumah atas air di Sandakan, 445 penduduk terjejas
Advertisement
Satu kebakaran besar memusnahkan kira-kira 200 buah rumah kediaman atas air jenis tidak kekal di Kampung Bahagia, Sandakan, awal pagi Ahad.
2. Bantuan segera, penempatan sementara untuk mangsa kebakaran Sandakan - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3. DBKL arah henti kerja projek Bukit Kiara susulan banjir lumpur di TTDI
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengeluarkan arahan henti kerja serta-merta terhadap sebuah projek pembangunan di Bukit Kiara susulan kejadian banjir lumpur di Jalan Abang Haji Openg, Taman Tun Dr Ismail, petang Sabtu.
4. Runtuhan tembok di TTDI: JKR diarah laksana siasatan terperinci - Nanta
Jabatan Kerja Raya diarah menjalankan siasatan teknikal terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian banjir hingga menyebabkan runtuhan tembok penahan berhampiran Fasa 1B di Jalan Abang Haji Openg, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
5. Tahanan warga Pakistan lari dari Penjara Sungai Buloh ditangkap semula
Selepas sembilan hari meloloskan diri dari Penjara Sungai Buloh, seorang tahanan warga Pakistan akhirnya berjaya diberkas semula di Gombak, semalam.
6. Tiga maut ditembak di restoran di Johor
Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari, Ahad.
7. Setiap ahli PKR perlu responsif, terus kukuh kestabilan dan perpaduan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil menekankan kepentingan kepada setiap ahli parti itu agar menjadi sebahagian daripada pasukan yang responsif dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada masyarakat.
8. Petugas TH di Madinah siap sedia terima jemaah haji Malaysia
Persiapan pembukaan Operasi Haji Madinah bagi musim 1447H berjalan lancar dan kini berada pada tahap kesiapsiagaan penuh untuk menerima kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia.
9. Tahanan warga Pakistan lari dari Penjara Sungai Buloh sembunyi dalam hutan, tapak pembinaan - JIM
Tahanan warga Pakistan yang melarikan diri Penjara Sungai Buloh pada 9 April lalu mengaku bersembunyi di dalam hutan sekitar kawasan tapak pembinaan selama tujuh hari sebelum berjaya ditahan semula oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Gombak.
10. Tiada had jumlah kemasukan pelajar ke institut pengajian tinggi - Zambry
Tiada had khusus ditetapkan bagi jumlah kemasukan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ke institusi pengajian tinggi sebaliknya mereka diberi ruang seluas-luasnya untuk melanjutkan pengajian mengikut minat serta kelayakan masing-masing.