KUALA LUMPUR: Iran berminat untuk meneroka peluang kerjasama dalam sektor kesihatan dengan Malaysia, khususnya bidang ubat-ubatan dan pembangunan peralatan perubatan, kata Dutanya ke Malaysia, Ali Asghar Mohammadi.
Semasa kunjungan hormat ke pejabat Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi di Wisma Bernama di sini pada Selasa, beliau berkata Iran telah mencapai kemajuan ketara dalam bidang ini termasuk keupayaan untuk membangunkan sendiri vaksin COVID-19.
Beliau berkata Iran bersedia untuk berkongsi kepakarannya dengan Malaysia.
"Apabila pertama kali dilanda COVID-19, kami terkejut kerana kita semua tidak tahu mengenainya tetapi saintis kami segera memulakan penyelidikan dan cuba mendapatkan beberapa pengalaman dari negara lain.
"Kami mengadakan kerjasama sangat baik dengan Cuba untuk vaksin itu dan ia adalah antara yang terkuat di dunia. Dan kami berjaya bekerjasama dengan Rusia. Saya rasa sebuah syarikat swasta di Iran juga dapat bekerjasama dengan sebuah syarikat Australia," katanya.
Menurut laporan Tehran Times, 14 vaksin COVID-19 sedang dibangunkan di negara itu dengan beberapa daripadanya telah menerima lesen untuk kegunaan awam dan yang lain masih dalam fasa kajian yang berbeza.
Ini termasuk COVIran Barekat yang dibangunkan Shifa Pharmed Industrial Group; Pastu Covac, dihasilkan bersama Institut Pasteur Iran dan Institut Vaksin Finlay Cuba; Razi Cov Pars oleh Institut Penyelidikan Vaksin dan Serum Razi; dan vaksin Fakhra oleh Pertubuhan Inovasi dan Penyelidikan Defensif.
Mohammadi berkata disebabkan sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas negara itu, Iran telah membangunkan sistem pendidikannya sendiri untuk negara berdikari dalam bidang seperti penjagaan kesihatan.
Beliau berkata 95 peratus daripada keperluan atau permintaan penjagaan kesihatan negara dihasilkan dalam negara.
"Sudah tentu untuk beberapa ubat khas masih perlu diimport, tetapi Iran cukup berkemampuan. Industri farmaseutikal kami juga agak kukuh. Bagaimanapun, kami tidak mengeksport ubat ke negara lain.
"Mengenai peralatan perubatan, kami sangat maju dan kini kami mengeksport ke negara lain. Baru-baru ini, saya dimaklumkan kami mengeksport alat bantuan pembedahan robotik ke Indonesia dan kami cukup bersedia untuk berkongsi pengetahuan kami dengan Malaysia," katanya.
Mohammadi juga menyatakan bahawa pangkalan saintifik Iran adalah penting dan sangat berkebolehan untuk mengusahakan ubat-ubatan yang berbeza, dengan harapan kedua-dua negara dapat bekerjasama dalam bidang itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
Ras Adiba (kiri) menerima kunjungan hormat daripada Ali Asghar di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, 2 Nov, 2021. --fotoBERNAMA
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Malaysia-Iran terus usaha bersepadu banteras jenayah siber - Saifuddin Nasution
Malaysia dan Iran komited meneruskan usaha bersepadu membanteras kegiatan jenayah berkaitan keselamatan siber termasuk sindiket penipuan dalam talian.
Iran berhasrat jalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor perubatan - Duta
Iran telah mencapai kemajuan ketara dalam bidang ini termasuk keupayaan untuk membangunkan sendiri vaksin COVID-19.