NEW YORK: Kementerian Luar Iran membidas keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyingkirkan negara itu daripada Suruhanjaya PBB mengenai Status Wanita (CSW) berikutan tindakan keras Iran terhadap bantahan kumpulan itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang dicetuskan oleh kematian seorang wanita.
"Ini adalah keputusan yang bermotifkan politik dan tidak boleh diterima tanpa sebarang asas undang-undang. Kami mengecam sekeras-kerasnya," kata jurucakap Kementerian Luar Nasser Kanaani pada Khamis, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
PBB tidak seharusnya membenarkan kuasa dunia menggunakan politik, kata jurucakap itu di laman sesawang kementerian.
Majlis Ekonomi dan Sosial PBB memutuskan perkara itu pada Rabu, dengan 29 daripada 54 negara anggotanya menyokong resolusi yang dikemukakan Amerika Syarikat supaya menyingkirkan Iran daripada CSW.
Rusia dan China mengundi menentang resolusi itu.
Suruhanjaya 45 anggota yang dipilih untuk tempoh beberapa tahun itu sepatutnya memperkukuh kesaksamaan gender dan peranan wanita.
Majlis Ekonomi dan Sosial itu menyuarakan kebimbangan serius terhadap tindakan Iran "sejak September 2022 yang menjejas dan menindas hak asasi wanita dan kanak-kanak perempuan, termasuk hak untuk kebebasan bersuara dan pendapat, yang lazimnya menerusi penggunaan kekerasan yang berlebihan."
Di Iran, rakyat membuat bantahan terhadap elit politik yang berkuasa di negara itu sejak pertengahan September.
Protes antikerajaan itu dicetuskan oleh kematian seorang wanita Kurdish Iran berusia 22 tahun, Mahsa Amini, pada 16 Sept.
Beliau meninggal dunia dalam tahanan polis hanya beberapa hari selepas ditangkap kerana melanggar kod pakaian untuk wanita Islam Iran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022

Di Iran, rakyat membuat bantahan terhadap elit politik yang berkuasa di negara itu sejak pertengahan September. - Gambar hiasan/REUTERS

Husam Musa dilantik Pengerusi SPNB baharu
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memaklumkan pelantikan Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi SPNB yang baharu berkuat kuasa 22 Mac 2023.

EU bekalkan sejuta peluru dalam tempoh 12 bulan bagi Ukraine
Kesatuan Eropah (EU) akan membekalkan sejuta peluru artileri kepada Ukraine dalam masa 12 bulan. EU juga akan mempercepatkan pengeluaran peluru tersebut dengan kerjasama industri terbabit.

1,500 bubur lambuk air tangan Permaisuri Agong diagihkan
Tahun ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi berkenan mencemar duli memasak resipi tradisi rakyat Pahang itu di pekarangan surau utama Istana Negara

Hong Kong kekal di kedudukan keempat Indeks Pusat Kewangan Sedunia
Hong Kong kekal di tangga keempat dalam ranking pusat kewangan antarabangsa, menurut Laporan Indeks Pusat Kewangan Sedunia.

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Amalan 'Little Napoleon' tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan - Cuepacs
'Little Napoleon' merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Iran bidas disingkir daripada Suruhanjaya Hak Asasi Wanita PBB
Ini adalah keputusan yang bermotifkan politik dan tidak boleh diterima tanpa sebarang asas undang-undang.