Skip to main content

Dunia

Iran dakwa dua kapal tangki terbakar di Selat Hormuz

Ketegangan di Selat Hormuz terus menjadi tumpuan dunia memandangkan laluan itu merupakan antara koridor perkapalan tenaga paling penting di dunia.
Ketegangan di Selat Hormuz terus menjadi tumpuan dunia memandangkan laluan itu merupakan antara koridor perkapalan tenaga paling penting di dunia.

Advertisement

Ringkasan AI

  • Dua kapal tangki minyak mentah terbakar akibat terkena periuk api di Selat Hormuz ketika usaha diplomatik Iran-AS diteruskan.
  • Identiti kapal, tahap kerosakan dan jumlah mangsa tidak didedahkan oleh pihak berkuasa Iran.
  • Insiden ini menambah ketegangan di Selat Hormuz, laluan penting yang boleh menjejaskan bekalan minyak global.
Advertisement

TEHRAN: Iran mendakwa dua kapal tangki minyak mentah terbakar selepas terkena periuk api di Selat Hormuz ketika usaha diplomatik untuk meredakan konflik antara Tehran dan Amerika Syarikat (AS) terus dijalankan.

Menurut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), kedua-dua kapal itu terbakar di laluan perkapalan strategik berkenaan, ketika negara-negara Teluk mengecam serangan terhadap sebuah kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) Qatar yang dilaporkan berlaku pada Jumaat.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai identiti kapal, tahap kerosakan atau jumlah mangsa tidak didedahkan.

Advertisement

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, berkata rundingan melalui pihak pengantara masih diteruskan bagi melaksanakan pelan membuka semula Selat Hormuz dalam tempoh dua hari, sambil menyatakan harapan agar Washington memilih pendekatan diplomatik.

"Perbincangan masih berjalan dan kami berharap AS membuat keputusan yang bijak untuk memberi peluang kepada diplomasi," katanya.

Advertisement

Sementara itu, Presiden AS Donald Trump sekali lagi menyatakan keyakinan bahawa konflik melibatkan Iran akan berakhir dalam masa terdekat.

Menurut Trump, perang itu akan tamat "tidak lama lagi, sama ada melalui perjanjian atau cara lain", sambil memberi amaran bahawa Tehran perlu mencapai persetujuan dengan Washington.

Beliau sebelum ini turut berkata rundingan dengan Iran berjalan lancar, namun tidak tergesa-gesa untuk memuktamadkan sebarang perjanjian damai.

Ketegangan di Selat Hormuz terus menjadi tumpuan dunia memandangkan laluan itu merupakan antara koridor perkapalan tenaga paling penting di dunia.

Sebarang gangguan di kawasan tersebut berpotensi menjejaskan bekalan minyak global serta meningkatkan tekanan terhadap pasaran tenaga antarabangsa.

 

 

Must Watch Video

Advertisement