awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza

Bernama
Bernama
09/02/2025
04:20 MYT
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Trump berkata bahawa AS akan mengambil alih Gaza dan memindahkan penduduk Palestin ke kawasan lain di luar wilayah itu. - Foto fail/AP
ISTANBUL: Menteri Luar Iran Seyed Abbas Araghchi menggesa satu mesyuarat tergempar diadakan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Sabtu susulan cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk "mengambil alih" Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Iran.
Permintaan itu dibuat semasa perbualan telefon dengan Menteri Luar Tunisia Mohamed Ali Nafti.
Pada 4 Feb, Trump berkata bahawa AS akan mengambil alih Gaza dan memindahkan penduduk Palestin ke kawasan lain di luar wilayah itu sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk menjadikan Gaza sebagai "the Riviera of the Middle East."
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan United Kingdom.
Araghchi mengecam cadangan itu sebagai sebahagian daripada "rancangan kolonial" yang bertujuan menghapuskan Palestin.
Beliau menegaskan bahawa OIC, yang ditubuhkan bagi menyokong Palestin dan Baitulmaqdis, perlu segera mengadakan mesyuarat untuk membincangkan serta mengambil keputusan berhubung isu itu.
Araghchi juga menuntut tindakan segera dan penyelarasan dalam kalangan negara Islam bagi menentang rancangan terbabit, yang disifatkannya sebagai ancaman besar terhadap masa depan rakyat Palestin.
Nafti pula menegaskan bahawa Gaza dan Tebing Barat adalah sebahagian daripada wilayah Palestin, dan sebarang usaha untuk mengusir penduduk Palestin dari kawasan itu adalah "tidak boleh diterima."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesyuarat tergempar
#oic
#Donald Trump
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan